View Full Version: Perak Darul Ridzuan

My-Sahabat > Fatwa-Fatwa Di Malaysia > Perak Darul Ridzuan


Title: Perak Darul Ridzuan
Description: Senarai Fatwa Yang Diwartakan


bibsprop - November 20, 2005 10:04 AM (GMT)
::salam
::bismillah
Ini adalah Senarai fatwa yang telah diwartakan di Negeri Perak


1 -Akidah- Pengharaman Mengenai Ajaran Azhar Bin Wahab(pengasas Al-mansor Holding Bhd.

2 -Akidah- Fatwa Mengenai Penulisan Astora Jabat

3 -Akidah- Fatwa Mengenai Kedudukan Ajaran Islam Jamaah.

4 -Akidah- Kedudukan Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit

5 -Akidah- Fatwa Mengenai Al-arqam

6 -Akidah- Fatwa Tentang Kumpulan Al-maunah.

7 -Akidah- Gerakan Anti-hadis

8 -Sosial/Syariah- Fatwa Mengenai Status Tanah Pemberian Kerajaan Kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak

9 -Sosial/Syariah- Zakat Atas Gaji / Pendapatan

10 -Sosial/Syariah- Fatwa Menangani Masalah Perpecahan Orang Melayu/islam

bibsprop - November 20, 2005 10:08 AM (GMT)
Kategori : Akidah

Tajuk :
Pengharaman Mengenai Ajaran Azhar Bin Wahab(pengasas Al-mansor Holding Bhd.

Isu :
Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan,menurut Subseksen 34(1)Enekmen Pentadbiran Agama Islam 1992(En.Bil 2 Tahun 1992),selepas dibincangkan dengan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan menurut subseksyen 37(4) Enekmen itu pada 19 Muharram 1425 bersamaan dengan 11 Mac 2004,dan adalah disiarkan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut Subseksen 34(2).

Fatwa :
Bahawa-
1. Ajaran Azhar bin Wahab didapati bertentangan dengan fahaman Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.
2. Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamalkan ajaran Azhar bin Wahab dianggap menyalahi hukum syarak dan wajib bertaubat.

Rujukan Pewartaan : No: 1084

Tarikh Pewartaan :
29 Julai 2004

------------------------------------------------------------------------

Keterangan :
PENGHARAMAN AJARAN AZHAR BIN WAHAB (PENGASAS AL-MANSUR HOLDING SDN. BHD.)



1. LATAR BELAKANG

1.1. Azhar bin Wahab mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan dan tidak menerima pendidikan agama secara formal. Mendapat pendidikan awal di kampungnya di Sekolah Kebangsaan Kuala Sidim, Kulim, Kedah, kemudian menyambung pelajarannya ke Sekolah Menengah Padang Serai, Kulim, Kedah hingga ke tingkatan tiga sahaja. Selepas memperolehi Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Azhar bin Wahab bekerja mengambil upah mengait buah kelapa sawit di Ladang Kelapa Sawit Padang Buloh, Kuala Sidim.

1.2. Azhar kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai pemandu kepada seorang Pegawai Eksekutif di Ibu Pejabat Bank Simpanan Nasional, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Beliau bekerja pula sebagai penjual kereta terpakai selepas berhenti jadi pemandu. Semasa itulah beliau mengenali Ustaz Hanapi, seorang bekas orang kuat Al-Arqam. Beliau mendakwa mengetahui amalan ilmu urut tradisional dan diamalkan secara bersendirian dan juga kepada ahli Al-Arqam. Semasa itulah bermulanya usaha beliau untuk mempengaruhi bekas ahli Al-Arqam dan berjaya menubuhkan syarikatnya sendiri hinggalah ke hari ini.

1.3. Ia dipanggil ‘Ayah’ oleh pengikut (kakitangannya) dan ‘Tok Wan’ oleh anak kakitangan tanpa mengira tua atau muda. Selepas itu digelar sebagai ‘Tuan’, ‘Yang Amat Mulia’, ‘Yang Berhormat Mulia’ dan akhir sekali sebagai ‘Yang Teramat Mulia Ayahanda Raja’.

1.4. Gelararan terakhir yang digunakan beliau ialah setelah mendapat pengesahan daripada Pertubuhan Kerabat Raja Jembal. Yang Berbahagia Datuk Ketua Pengarah JAKIM telah dimaklumkan oleh pertubuhan tersebut dalam pertemuan pada 11 Januari 2003 di Kota Bharu, Kelantan bahawa mereka telah meneliti dan mengesahkan mengenainya.

1.5. Azhar bin Wahab menjadi guru kepada pengikutnya dengan dibantu oleh pengikut-pengikut utamanya seperti Ahmad bin Meh dan Haji Ilias bin Yusuf. Mereka merupakan perancang utama dalam meneruskan usaha serta cita-cita Azhar melalui pelbagai dakwaan serta mencetus segala ketaksuban yang berlaku di kalangan ahli.


2. KUMPULAN AL MANSUR HOLDING

2.1. Kumpulan Al Mansur muncul selepas Al-Arqam dibubarkan. Kebanyakan ahli-ahli Al Mansur adalah terdiri dari bekas ahli Al-Arqam. Begitu juga pemimpin kanan mereka adalah bekas pemimpin kanan Al-Arqam.

2.2. Perkataan ‘Al Mansur’ bermaksud yang dibantu atau yang ditolong. Ini bersesuaian dengan konsep penubuhannya iaitu untuk menjadi pemangkin bagi melahirkan bangsa Melayu peneraju ekonomi dunia dengan berpegang pada prinsip ‘Bersatu Maju Bersama’.

2.3. Kumpulan yang diasaskan oleh Azhar bin Wahab pada tahun 1998 ini, menjalankan aktiviti perniagaan dan didaftarkan sebagai sebuah syarikat iaitu ‘Al Mansur Holdings Sdn. Bhd.’. Nombor pendaftaran syarikat (Co. No. 523446-u) beralamat di No.19, Jalan Cempaka 1/1, Bandar Aman Jaya, 08000, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

2.4. Al Mansur Holdings Sdn. Bhd. mempunyai 30 buah kumpulan anak syarikat di seluruh negara. Hanya beberapa rangkaian sahaja yang aktif manakala bakinya hanya atas namanya sahaja untuk mengaburi mata masyarakat atau sebagai pelindung kepada aktiviti-aktiviti utama yang boleh mengumpul dana yang banyak. Antara aktiviti perniagaan yang aktif ialah urutan refleksi dan ubat-ubatan herba tradisional. Di samping itu, ia menggunakan pelajar-pelajar Sekolah Tahfiz Al Mansur yang masih di bawah umur bagi menjual kalendar, cenderamata dan seumpamanya beserta memungut derma atas nama anak yatim.



3. ISU

3.1 Isu Ajaran Azhar bin Wahab timbul dalam masyarakat apabila kumpulan Al Mansur, melakanakan beberapa aktiviti yang didapati bercanggah dengan ajaran Islam dan sebagai pengganti kepada gerakan kumpulan Al-Arqam yang telah diharamkan.

3.2 Dalam pada itu, hasil kajian yang dibuat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati ada tanda-tanda bahawa kumpulan ini mengamalkan ajaran ‘Aurad Muhammadiah’ pegangan Al-Arqam satu ketika dulu di samping beberapa penambahan lain yang boleh membawa kepada kerosakan akidah.
3.3 JAKIM telah mengadakan pertemuan khas dengan pihak pengurusan Al Mansur pada 15 November 2002 di Putrajaya. Selain itu, beberapa siri perbincangan telah diadakan dengan bekas-bekas ahli kumpulan al Mansur di Putrajaya, Selangor dan Kedah.


4. CIRI-CIRI AJARAN AZHAR BIN WAHAB

4.1. Dari Segi Akidah

4.1.1. mengaku mengamalkan Aurad Muhammadiah (Pengakuan semasa perjumpaan dengan Ketua Pengarah JAKIM pada 15 November 2002);

4.1.2 menggunakan ‘Tawassul’ iaitu berdoa sebelum melakukan urut refleksi dengan berkata ‘Ya Allah, dengan berkat dan karamah Guruku Tuan Azhar, sembuhkanlah penyakit pulan si-pulan……;

4.1.3 mengadakan kuliah tertutup untuk ahli dan kakitangan serta didampingi oleh ‘Pak Syeikh’ atau wali Allah. Azhar bin Wahab pernah mendakwa rohnya berada di Gunung Jerai bersama Wali Songo dan Nabi Khaidir sedang tubuhnya berada di Damansara;

4.1.4 berbai’ah akan mengikut segala arahan guru dan merahsiakannya dari orang ramai, sesiapa yang belot atau keluar hidupnya tidak selamat.

4.1.5 memakan ais sebagai satu syarat mendapatkan karamah dari guru. Memakan ais ini symbol kepada amalan pertapaan bagi mendapat ilmu perbomohan;

4.1.6 mempunyai bala tentera dan kapal terbang ghaib;

4.1.7 mempunyai Masjid jin di Gunung Jerai di samping mengaku selalu bermesyuarat dengan golongan jin di gunung-gunung tertentu seperti Gunung Santubung di Sarawak;

4.1.8 mengetahui pergerakan orang yang mengintip setiap aktivitinya;

4.1.9 mempunyai pengawal dari golongan jin;

menangis di hadapan ahli-ahli dan kakitangan kerana mendakwa nampak dan tahu kesalahan agama yang pernah dibuat oleh pengikutnya;

4.1.10 percaya dengan khurafat seperti ;
i. semasa perarakan untuk melantik beliau sebagai Nadi Khalifah Seni Silat mempertahankan diri Al Mansur, seekor gajah telah menarik tangannya. Beliau amat percaya dengan telahan di kalangan ahli perarakan bahawa gajah tersebut meminta beliau menaiki belakangnya kerana beliau berketurunan ‘raja’.

ii. tabib dan tabibah diarah menggunakan keris untuk mengubat dan mempercayai keris tersebut ada penunggu;

iii. menggunakan setanggi untuk diasapkan dan setiap Pusat Rawatan sebelum memulakan perniagaan urut refleksi di samping itu memberi salam kepada Rasulullah s.a.w. Nabi Khaidir dan Azhar sendiri. Amalan ini dilakukan setiap hari sebelum memulakan atau membuka perniagaan;

5.2. Dari Segi Syariat

5.2.1. mana-mana ahli yang didapati bersalah dan jika dapat dikesan oleh Azhar, maka ahli berkenaan akan dikenakan ‘dam’ sama ada dalam bentuk wang atau harta benda;

5.2.2. solat waktu sentiasa dijamakkan;

5.2.3. menyampaikan perjuangan agama seperti yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. dan mendakwa penubuhan syarikatnya juga adalah seperti yang pernah dibuat oleh Rasulullah s.a.w. iaitu berniaga untuk mengembangkan Islam;

5.2.4. apa sahaja yang dibawa oleh Azhar bin Wahab adalah benar belaka dan tidak boleh dipertikaikan segala keputusan dan arahannya;

5.2.5. Azhar bin Wahab selalu tidak sembahyang Jumaat;

5.3. Dari Segi Akhlak

5.3.1. memulakan ucapan dengan bersumpah memegang Al Quran. Ini dilakukan oleh Azhar bin Wahab dan pengikut kanannya Hj. Ilias bin Hj. Yusuf (di majlis pertemuan dengan Ketua Pengarah pada 15 November 2002 lalu);
5.3.2. boleh memberi Barakah dan Syafa’at kepada anak muridnya;

5.3.3. ada keberkatan kerana boleh menarik duit para pelanggan dan mereka akan mengeluarkan sebanyak mana wang yang mereka ada;


5.3.4. memberitahu pengikutnya bahawa dirinya boleh dilihat manusia sebagai berpakaian biasa tetapi sebenarnya beliau berjubah serba putih, berserban, bermisai dan berjanggut seperti Wali Allah;

5.3.5. boleh ke mana-mana dengan serta merta termasuk ke China dan Mekah;

5.3.6. mengugut ahli agar jangan derhaka kepadanya nanti tidak mendapat karamah; dan

5.3.7. mewajibkan ahli agar tidak bercampur gaul dengan masyarakat;

6. UNSUR-UNSUR PENYELEWENGAN AJARAN AZHAR BIN WAHAB;
HUJAH DAN ULASAN

6.1. Dari Segi Akidah

6.1.1. Tahdhir Arwah;

Azhar mengamalkan konsep ini dengan mendakwa beliau didampingi pak sheikh dan rohnya bersama wali Songo;

Ulasan

Mengikut Sheikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya’rawi dalam kitabnya ‘Fatawa’ muka surat 230 – 231 bermaksud;

Konsep ‘tahdhir arwah’ adalah diharamkan oleh syara’. Syeikh Mutawalli Syaarawi ketika ditanya mengenai Tahdhir Arwah dan berubat dengan menggunakan roh, beliau berkata: “Apakah yang boleh memberitahu kepada mereka bahawa yang hadir itu adalah roh? Adakah mereka mengenali roh sehingga apabila ia datang, mereka boleh berkata inilah roh yang kami kenal. Yang mungkin mereka kata ialah; sesungguhnya mereka menghadirkan kekuatan yang tersembunyi tetapi bukan roh. Itu semua tidak dapat diterima dan orang yang berkata sesungguhnya ia menghadirkan roh mengikut Quran, maka orang itu adalah pembohong dan penipu, yang mereka hadirkan itu adalah jin.

6.1.2. Aurad Muhammadiah

Azhar bin Wahab juga mengaku mengamalkan Aurad Muhammadiah dan mendakwa sebagai lakonan dengan tujuan menarik bekas-bekas pengikut Al Arqam. Oleh itu sama ada ia bermaksud sebagai lakonan namun ianya tetap tidak dibolehkan syarak.

Ulasan:

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang diadakan pada 5 Ogos 1994, telah mengharamkan Aurad Muhammadiah yang diamalkan oleh Al-Arqam. Pada masa yang sama turut diwartakan juga oleh seluruh negeri-negeri.

6.1.3. Menggunakan Tawassul

Azhar bin Wahab telah mengangkat dirinya sendiri sebagai seorang yang hebat, seolah-olah ia tergolong sebagai wali dan orang-orang soleh. Oleh itu beliau meminta supaya pengikutnya menggunakan dirinya sebagai Tawassul kepada Allah. Banyak bukti yang mendapati bahawa beliau sendiri sering melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syara’; seperti meninggalkan sembahyang Jumaat, memakai seluar pendek, berbohong kepada pengikut serta mendakwa perkara yang bukan-bukan dan bertentangan dengan syara’.

Ulasan:

Bertawassul dengan zat atau peribadi seseorang sama ada Rasul, Nabi atau Wali, adalah di antara cara bertawassul yang tidak disyariatkan kerana tidak pernah diperintahkan oleh Allah ataupun disampaikan oleh Rasulnya. Ini berdasarkan Firman Allah S.W.T. dalam surah az-Zumar, ayat 3;

الا لله الدين الخالص والذين اتخذوا من دونه اولياء ما نعبدهم الا ليقربو نا الى الله زلفى ان الله يحكم بينهم فى ما هم فيه يختلفون ان الله لا يهدى من هو كاذب كفار .


Maksudnya:

“Ingatlah (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik) dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pemimpin dan penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)”

6.1.4. Berbai’ah

i. Setiap ahli baru dikehendaki berbai’ah terlebih dahulu dan tempatnya tidak ditentukan. Mungkin di rumah, di pejabat atau di mana-mana sahaja yang dirasakan sesuai. Bai’ah pula tidak terikat kepada kaedah tertentu.

ii. Jika seorang atau dua ahli, cara memegang tangan akan digunakan. Sekiranya ramai, kain akan digunakan untuk melingkungi mereka dengan tujuan dapat dipegang oleh semua, seolah-olah dalam bulatan. Upacara ini diketuai sama ada oleh Hj. Illias atau Ustaz Hanapi dengan diperhatikan oleh Azhar bin Wahab.

iii. Semasa berba’iah para ahli akan diminta melafazkan ayat-ayat berikut iaitu, ‘Saya (……………….nama…………) dengan ini mengaku akan memberi taat setia kepada jamaah di bawah pimpinan Sayyidi Sheikh Syed Muhammad Amin Al – Mansur Al Hallaj, Nabi Khidir dan Nabi Muhammad dan berjanji akan taat setia tidak berbelah bagi ………………..’

iv. Majlis berbai’ah yang diadakan akan diketuai oleh Ustaz Hanapi atau Hj. Illias yang dilantik sebagai ketua majlis dengan memegang sebilah keris kecil. Antara bacaan yang perlu dibaca ialah;

a. Al Fatihah
b. Membaca;لقد جاءكم ......الخ
c. Membaca; لا اله الا انت سبحانك انى كنت من الظالمين
d. Selawat ke atas Nabi
e. Membaca سبحان الله والحمد لله و لا اله الا الله والله اكبر
f. Membaca sebanyak 3 kali استغفر الله العظيم

v. Keris kecil 4 inci akan digunakan dalam pengijazahan. Di samping itu, ahli diminta memakan ais sebanyak sekilo seorang dan diminta berjanji membuat penyerahan nyawa secara total, harta dan apa sahaja yang ada kepada Azhar bin Wahab.

Ulasan

Sikap taksub kepada guru adalah salah satu dari gejala melampau. Sikap melampau adalah bertentangan dengan sikap adil dan sederhana yang dituntut dalam Islam seperti Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 143:

وكذلك جعلناكم امة وسطا لتكونوا شهداء على الناس و يكون الرسول عليكم شهيدا
Maksudnya:

“Dan demikianlah (sebagaimana telah kami memimpin kamu ke jalan yang lurus), kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu”.

Di samping itu, sikap taksub kepada guru ini juga mengundang bahaya kerana seolah-olah menjadikan diri guru sebagai Nabi yang maksum dan perkataannya seperti firman yang diturunkan yang menyebabkan guru dianggap benar dalam apa hal sekalipun. Hal ini sama dengan apa yang berlaku dalam Al-Arqam. Telah ijmak ulama ‘salaf dan khalaf bahawa semua orang boleh diambil dan ditinggal pendapatnya melainkan Nabi.

6.1.5. Khurafat

Beberapa amalan dalam Ajaran Azhar bin Wahab adalah mengandungi unsure-unsur Bid’ah dan Khurafat seperti menangis di hadapan ahli-ahli dan kakitangan kerana mendakwa nampak dan tahu kesalahan agama yang pernah dibuat oleh mereka, mengadakan memakan ais sebagai syarat karamah, dan menggunakan keris untuk mengubat dan mempercayai keris tersebut ada penunggu.

Ulasan

Khurafat adalah cerita sama ada rekaan atau khayalan dan sebagainya yang menyimpang dari ajaran Islam. Islam sangat menitik beratkan soal akidah dan syariat. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan sumber yang asal seperti al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias adalah ditolak oleh Islam. Dalam Islam, kepercayaan kepada benda-benda khurafat ini adalah syirik dan boleh merosakkan akidah umatnya. Alam ghaib hanya Allah sahaja yang tahu dan tindakan sedemikian seolah-olah menyaingi kuasa Allah dan ia bertentangan sama sekali dengan akidah Islam. Berdasarkan buku ‘Fatwa al Akidah’ oleh Sheikh Muhammad bin Saleh bin Uthaimin, halaman 375 menyatakan;

“Sesiapa yang mendakwa mengetahui perkara-perkara ghaib sesungguhnya dia telah kufur kerana mendustakan Allah Taala. Allah memirintahkan Nabi Muhammad memberitahu bahawa baginda tidak tahu perkara-perkara ghaib melainkan Allah. Sesiapa yang mendakwa mengetahui perkara ghaib sesungguhnya dia telah mendustakan Allah Taala”.

6.2. Dari Segi Syariat

6.2.1. Dam

Dam hanyalah berlaku semasa mengerjakan haji sahaja. Ini seolah-olah telah mereka-reka syariat baru iaitu membayar dam disebabkan satu kesalahan.


6.2.2. Solat Jamak

Solat Jamak hanya boleh dilakukan dalam keadaan tertentu sahaja seperti musafir dengan niat Ibadat. Ianya merupakan rukhsah khusus dalam keadaan tertentu sahaja. Amalan Solat Jamak secara berterusan ini adalah merupakan amalan orang-orang Syiah.

6.3. Dari Segi Akhlak

6.3.1. Memberi Barakah dan Syafa’at

Barakah hanya boleh diberi oleh Allah S.W.T. sahaja, bukan manusia. Azhar menunjukkan dan membesarkan dirinya dan mengagungkannya hingga ke tahap dia boleh memberi berkat. Ini bertentangan dengan roh Islam, sedangkan sahabat dan ulama terdahulu, tidak pernah mendakwa sedemikian. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 255;

الله لا اله الا هو الحى القيوم لا تأخذه سنة ولا نوم له ما فى السما وات وما فى الأرض من ذا الذى يشفع عنده الا باذنه يعلم ما بين ايديهم وما خلفهم و لايحيطون بشيئ من علمه الا بما شاء وسع كرسيه السماوات والارض و لا يؤده حفظهما وهو العلى العظيم
Maksudnya;

“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluknya) yang tidak mengantuk usahkan tidur, yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakinya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

7. KEPUTUSAN MUZAKARAH FATWA KEBANGSAAN

7.1 Muzakarah Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam telah membuat keputusan berikut :-

1. Ajaran Azhar bin Wahab didapati bertentangan dengan fahaman Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar ; dan

2. Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamalkan Ajaran Azhar bin Wahab dianggap menyalahi Hukum Syarak dan wajib bertaubat.

8. PERAKUAN JAWATANKUASA SYARIAH NEGERI PERAK

8.1 Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak yang bersidang pada 19 Muharam 1425 bersamaan 11 Mac 2004 buat kali ke 162 bersetuju memperakui keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan bagi hal Ehwal Islam seperti para 7.

bibsprop - November 20, 2005 10:11 AM (GMT)

Kategori : Akidah

Tajuk :
Fatwa Mengenai Penulisan Astora Jabat

Isu :
Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan,menurut Subseksen 34(1)Enekmen Pentadbiran Agama Islam 1992(En.Bil 2 Tahun 1992),selepas dibincangkan dengan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan menurut subseksyen 37(4)Enekmen itu pada 23 Syawal 1424 bersamaan dengan 17 Desember 2003,dan adalah disiarkan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut Subseksen 34(2)Enekmen itu.

Fatwa :
Bahawa menolak kepercayaan azab kubur setelah wujud keterangan dari Al-Quran dan Al-Hadith serta Ijma' Ulama adalah terkeluar daripada ajaran Islam yang sebenar dan oleh itu orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.

Rujukan Pewartaan : No:1083 Jld:57 Bil 1

Tarikh Pewartaan :
29 Julai 2004

------------------------------------------------------------------------

Keterangan :
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA SYARIAH NEGERI PERAK MENGENAI PENULISAN ASTORA JABAT BERKENAAN DENGAN AZAB QUBUR .



1. LATAR BELAKANG

1.1 Seorang penulis yang giat menulis di surat-surat khabar yang menggunakan nama pena Astora Jabat sering menulis isu-isu agama yang kontroversi

1.2 Dalam Majalah Al Islam keluaran edisi bulan November dan Disember beliau telah menulis artikel bertajuk “Tiada azab kubur selepas meninggal dunia “ dan “percanggahan hadith mengenai azab kubur

2. ASAS PANDANGAN BELIAU

2.1 Astora Jabat menggunakan beberapa asas dalam menegaskan pendiriannya seperti :-

2.1.1 Azab kubur tidak disebut di dalam Al Quran secara muktamad tetapi hanya para ulama’ sahaja yang menghurai dan mentafsirkannya.

2.1.2 Semua hadith yang menceritakan tentang azab kubur adalah hadith ahad belaka.Hadith ahad tidak boleh menthabitkan perkara aqidah.

2.1.3 Menolak azab qubur tidak kafir kerana ia hanya dithabitkan dengan hadith ahad dan tafsiran ayat Al Quran yang tidak muktamad.

2.1.4 Menggunakan logic aqal seperti mempertikaikan cara azab qubur kepada mayat yang tidak di quburkan dan mendakwa adalah tidak adil jika mayat yang mati dahulu akan diazab lebih lama dari mayat yang kematiannya lewat.









3. DALIL KEBENARAN ADANYA AZAB QUBUR

3.1 Ahli Sunnah wal Jamaah dan Jumhur Muktazilah berpandangan bahawa azab qubur adalah benar berdasarkan kepada dalil – dalil berikut :-

3.2 Dalil-dalil Al Quran

3.2.1 Firman Allah ayat 124 surah toha
ومن اعرض عن ذكرى فإن له معيشة ضنكا
Dan barang siapa yang berpaling dari peringatan ku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.

Menurut Abu Said Al Khudri dan Abdullah Ibn Masud perkataan ضنكا adalah azab qubur.

3.2.2 Firman Allah ayat 47 surah Tur
و إن للذين ظلموا عذابا دون ذلك
Dan sesungguhnya untuk orang-orang yang zalim ada azab selain selain itu

Abdullah bin Masud berkata bahawa yang dimaksudkan dengan azab di dalam ayat ini adalah azab qubur.

3.3.3 Firman Allah dalam surah At Takathur ayat 3

كلا سوف تعلمون
Janganlah sekalikali begitu kelak kamu akan mengetahui

Abdullah Ibn Abbas RA mengatakan bahawa ayat ini merujuk kepada azab qubur.

3.2.4 Firman Allah yang mengisahkan keluarga Firaun dalam surah Ghafir ayat 46

النار يعرضون عليها غدوا وعشيا ويوم تقوم الساعة
أدخلوا آل فرعون أشد العذاب"

Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang, dan pada hari terjadinya Kiamat. (Dikatakan kepada malaikat) : “Masukkanlah Fir’aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras”

دلت الآية على أن العرض قبل يوم القيامة لأن العطف يقتضى المغايرة
وليس ذلك العرض فى الدنيا قطعا فيكون فى البرزخ
Ayat ini menunjukkan bahawa pembentangan itu berlaku sebelum hari qiamat kerana عطف di situ membawa makna مغايرة yang sudah tentu tidak berlaku di dunia malah di alam barzakh.

3..2.5 Firman Allah yang mengisahkan kaum nuh dalam surah Nuh ayat 25

أغرقوا فادخلوا نارا
Disebabkan kesalahan-kesalahan mereka, mereka tenggelam lalu dimasukkan ke neraka, maka mereka tidak mendapat penolong-penolong bagi mereka selain dari Allah.

والفاء للتعقيب فدخول النار عقب الغرق مباشرة
يكون فى البرزخ وليس فى القيامة

Huruf ‘fa’ menunjukkan berturutan maka masuk neraka selepas lemas berlaku berturutan dan ianya berlaku di alam barzakh dan bukan pada hari qiamat.

3..2.6 Firman Allah dalam surah Aali Imran ayat 169-170

ولا تحسبن الذين قتلوا فى سبيل الله امواتا بل
احياء عند ربهم يرزقون فرحين بما اتاهم الله من
فضله ويستبشرون بالذين لم يلحقوا بهم من
خلفهم الا خوف عليهم ولا هم يحزنون .

Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati : bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhan dengan mendapat rezeki.

Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada mereka. Dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka. Bahawa tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.


فهذا النعيم قبل يوم القيامة قطعا لان الاية ترشدنا الى الا نعتبرهم
امواتا كما تخبرنا بانهم يتطلعون الى اخوانهم الذين ما زالوا فى الدنيا
ينتظرون الشهادة .

Dalam ayat di atas kenikmatan berkenaan berlaku sebelum hari qiamat kerana kita diarahkan jangan menyangka mereka mati dan ayat berkenaan memberitahu kita, bahawa mereka menunggu-nunggu saudara-saudara mereka yang masih berada di bumi mencari mati syahid.

3..2.7 Apa yang perlu diperhatikan daripada keterangan ini , bahawa sahabat-sahabat Nabi SAW yang menafsirkan bahawa ayat ayat berkenaan adalah merujuk kepada azab qubur maka pendapat yang mengatakan ianya hanya tafsiran ulama’ sahaja adalah tidak benar.Sahabat-sahabat yang cukup terkemuka ini telah mendapat pengiktirafan Nabi SAW sendiri seperti Abdullah Ibn Abbas dan Abdullah Ibn Masud RA serta penafsiran Al Quran menurut keadah bahasa Arab yang betul menguatkan lagi ketepatan tafsiran ayat-ayat ini merujuk kepada azab qubur.

4..3 Dalil-dalil Hadith

Walaupun hadith-hadith yang berkenaan dengan azab qubur ini adalah hadith Ahad tetapi ia termasuk dalam mutawatir dari sudut makna (متواتر المعنى )

4..31 Telah meriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah Saw melintasi dua qubur lantas baginda SAW bersabda :

انهما ليعذبان وما يعذبان فى كبير اما احدهما لا يستتر من بوله
واما الاخر فكان يمشى بين الناس بالنميمة

Sesungguhnya mereka berdua tidaklah diazab disebabkan dosa-dosa besar yang mereka lakukan tetapi disebabkan salah seorang mereka tidak dapat mengetuskan air kencingnya dan seorang lagi memecah belahkan masyarakat dengan adu domba.




4..3.2 Diantara doa yang telah disepakati ma’thur dari Rasulullah SAW ialah :

اللهم انى اعوذ بك من فتنة النار وعذاب النار و فتنة القبر وعذاب القبر
ومن شر فتنة الغنى ومن شر فتنة الفقر .

Ya Allah aku berlindung dengan Mu dari fitnah api neraka, azab neraka, fitnah qubur dan azab qubur serta keburukan fitnah kekayaan dan keburukan dari fitnah kefaqiran

4..3.3 Imam Muslim meriwayatkan hadith beserta sanadnya dari Ibnu Umar

ان احدكم اذا مات عرض عليه مقعده بالغداة والعشي ان كان من اهل
الجنة فمن اهل الجنة وان كان من اهل النار فمن اهل النار يقال
: هذا مقعدك حتى يبعث الله اليه يوم القيامة .
Sesungguhnya salah seorang dari kamu apabila mati diperlihatkan kepadanya tempat duduknya pagi dan petang. Sekiranya dia bakal menghuni syurga akan dilihatnya tempat duduknya di syurga begitulah sebaliknya dan dikatakan kepadanya : Inilah tempat dudukmu sehinggalah Allah membangkitkannya pada hari qiamat kelak.

4..3.4 Mengenai kedudukan hadis-hadis yang menthabitkan ‘azab dan ni’mat kubur, yang ditakhrijkan oleh hampir semua kitab-kitab hadis utama, serta keterangan mengenainya, dapat diteliti pada kitabشرح العقيدة الطحاوية pada muka surat 572 hingga 588.
Di antara penegasan yang tersebut dalam kitab ini adalah sebagai berikut:

وقد تواترت الأخبار عن رسول الله (ص) فى ثبوت عذاب القبر ونعيمه
لمن كان لذلك اهلا و سؤال ملكين فيجب اعتقاد ثبوت ذلك والايمان
به و لا نتكلم فى كيقيته , إذ ليس للعقل وقوف على كيفيته لكونه
لا عهد له به فى هذه الدار

Telah mutawatir hadith Rasulullah S.A.W. di dalam menginthbatkan azab dan nikmat qubur kepada golongan yang layak, begitu juga sabitnya, soal dua malaikat. Maka wajib beri’tiqad wujudnya yang demikian dengan beriman dengannya. Kita tidak dapat memperkatakan keifiatnya kerana aqal tidak mampu meneroka alam berkenaan.


4..3.5 Hal yang sama dinyatakan juga dalam kitab:
فتاوى اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والافتاء المجلد الثالث
pada muka surat 444, iaitu sebagai berikut:
وقد تواترت الاخبار عن رسول الله صلى الله عليه وسلم فى ثبوت سوال
الميت فىقبره وثبوت نعيمه فيه او عذابه حسب عقيدته وعمله بما
لا يدع مجالا للشك فى ذلك ولم يعرف عن الصابة رضي الله عنهم فى
ثبوت ذلك خلافا ولذا قال بثبوته اهل السنة والجماعة
Dan sesungguhnya telah mutawatir hadis-hadis dari Rasulullah S.A.W di dalam mengithbatkan soal jawab mayat keatas mayat di dalam kuburnya dan juga telah thabit (tetap) berkaitan dengan nikmat-nikmat dan azab kubur bergantung pada akidahnya (simati) dan amalannya (simati) di mana tidak ada ruang untuk ragu-ragu dalam masalah ini (nikmat dan azab kubur) dan tidak diketahui dari para sahabat khilaf dalam masalah ini. Oleh yang demikian itu Ahlus Sunnah Wal Jamaah menetapkannya (adanya azab dan nikmat kubur).

4..3.6 Berdasarkan kepada kedudukan hadis-hadis ini, Syekh Muhammad Nashiruddin Albani, menyatakan di dalam kitabnya:
سلسلة الاحاديث الصحيحة المجلد الاول القسم الاول رقم 159
Pada muka surat 294 hingga 296, selepas menuliskan hadis berikut:

إن هذه الأمة تبتلى فى قبورها فلو لا ان تدافنوا لدعوت الله ان يسمعكم
من عذاب القبر الذى اسمع منه....... أخرجه مسلم من طريق ابن علية
Sesungguhnya umat ini akan diuji di dalam quburnya seandainya kamu tidak akan ditanam (di dalam qubur ) nescaya aku meminta dari Allah supaya diperdengarkan kepada kamu azab qubur yang aku dengar daripadanya “

Faedah-Faedah Hadis :

إثبات عذاب القبر، والأحاديث في ذلك متواترة، فلا مجال للشك فيه
بزعم أنها آحاد. ولو سلمنا أنها آحاد، فيجب الاخذبها.


Beriman dengan azab kubur, dan hadis-hadis berkaitan dengannya adalah mutawatir, maka tidak ada ruang untuk ragu-ragu berkaitan dengannya, dengan dakwaan bahawa hadisnya adalah hadis ahad dan jika kita menerima bahawa hadisnya adalah ahad maka wajblah mengambil hadis-hadis itu.


ولو سلمنا أنه لايوجد في القرآن ما يشهد لها ، فهي وحدها
كافية لإثبات هذه العقيدة ، والزعم بأن العقيدة لاتثبت بما صح
من أحاديث الآحاد زعم باطل دخيل في الإسلام، لم يقل به أحد من
الأعلام ـ كالأربعة وغيرهم ـ بل هو مما جاء به بعض علماء
الكلام بدون برهان من الله ولا سلطان.

Dan jika kita menerima bahawa tidak ada di dalam al-Quran yang menunjukkan azab kubur, maka satu hadis ini sudah mencukupi untuk menetapkan akidah ini. Dakwaan bahawa akidah tidak thabit dengan hadis-hadis ahad yang sahih adalah dakwaan yang batil dan asing di dalam Islam. Tidak dinyatakan daripada mana-mana Imam yang muktabar – seperti Imam-Imam yang empat dan selain mereka – bahkan ia adalah pendapat yang datang daripada sebahagian ulama-ulama kalam dengan ketiadaan dalil daripada Allah.


5.4 Ijma’

5..4.1 Imam Abul Hasan Al Asy’ari, di dalam kitabnyaالإبانة فى أصول
الديانة
muka surat 215, menyatakan bahawa thabitnya ‘azab kubur merupakan “ ijma’ ” sahabat-sahabat Nabi SAW. Beliau menulis sebagai berikut:

وانكرت المعتزلة عذاب القبر . وقد روى عن النبى صلى الله عليه وسلم
من وجوه كثيرة و روى عن اصحابه رضي الله عنهم وما روى عن احدهم
منهم انه انكره ونفاه وجحده فوجب ان يكون اجماعا من اصحاب النبى
صلى الله عليه وسلم


Muktazilah mengengkari azab qubur sedang telah diriwayatkan dari nabi dan dari sahabat baginda SAW serta tiada seorang pun dari kalangan mereka menyanggah mengenainya maka kesimpulannhya kepercayaan azab qubur ini sudah menjadi ijma’ di kalangan para sahabat.

5..4.2 Syekh Muhammad As Shaleh Al ‘Uthaimin, di dalam bukunya
شرح العقيدة الواسطية لشيخ الاسلام ابن تيمية المجلد الثانى
muka surat 122, mengatakan bahawa thabitnya ‘azab kubur adalah ijma’ kaum muslimin. Beliau menulis sebagai berikut:
وقوله اما نعيم واما عذاب : فيه اثبات النعيم والعذاب فى القبر وقد دل
على ذلك كتاب الله وسنة رسوله صلى الله عليه وسلم بل لنا ان نقول
واجماع المسلمين

Adapun katanya samada nikamt atau azab itu menunjukkan adanya nikmat qubur atau azab qubur dan telah datang dalil yang banyak dari Al Quran dan Sunnah bahkan kita mengatakan ia adalah ijma’ kaum muslimin.



6. PANDANGAN ULAMA’ MENGENAI HUKUM MENGAMBIL HADITH AHAD DALAM TASYRI’

6.1 Apabila hadith Ahad telah terbukti kesahihannya maka ia mengambil hokum mutawatir dari sudut wajib beriman dan beramal dengan segala tuntutannya . Ini dijelaskan oleh beberapa ulama’ seperti berikut :-

6.1.1 Berkata Ibn Abi Al-‘Iz di dalam Syarh Tohawiyyah

خبر الواحد اذا تلقته الامة بالقبول عملا به و تصديقا له يفيد العلم اليقينى عند
جماهير الامة وهو احد قسمي المتواتر ولم يكن بين سلف الامة فى ذلك نزاع .
Khabar yang dibawa oleh seorang apabila diterima oleh sekalian umat sebagai amalan dan kepercayaan memberi faedah kepada ilmu yaqin disisi majoriti umah dan ia adalah salah satu dari dua kategori mutawatir. Tiada perselisihan di kalangan salaf tentang perkara ini.

6.1.2 Berkata Ibn Hajar dalam Fathul Bari

قد شاع عمل الصحابة والتابعين بخبر الواحد من غير نكير فاقتضى الاتفاق
منهم على قبول
Para sahabat dan tabien biasa beramal dengan khabar wahid tanpa ada bantahan dan mereka bersepakat mengenainya.

6.1.3 Berkata Ibn Rejab dalam kitabnya اهوال القبور

وقد تواترت الأحاديث عن النبى (ص) فى عذاب القبر ففى صحيحين عن
ام المؤمنين عائشة الصديقة بنت الصديق (ر) انها قالت : العبد اذا وضع فى
قبره وتولى وذهب اصحابه حتى انه ليسمع قرع نعالهم أتاه ملكان فأقعداه
فيقولان له : ما كنت تقول فى هذا الرجل محمد (ص) ؟ فيقول : أشهد أنه
عبد الله و رسوله فيقال : انظر الى مقعدك من النار ابدلك الله به مقعدا من
الجنة قال النبى (ص) فيراهما جميعا .
وأما الكافر أو المنافق فيقول : لا أدرى كنت اقول ما يقول الناس فيقول
لا دريت و لا تليت ثم يضرب من مطرقة من حديد ضربة بين أذنيه فيصيح
صيحة يسمعها من يليه الا ثقلين .

Telah mutawatir hadith-hadith dari nabi (S.A.W.) mengenai azab qubur. Di dalam sahihain daripada umil mukminin Aisyah (r.a.) berkata seorang hamba apabila diletakkan diquburnya dan orang lain berpaling sehingga ia mendengar derapan kasut, dua malaikat mendatanganinya dan mendudukkannya dan berkata kepadanya: apa yang kamu katakana kepada lelaki ini (Muhammad s.a.w.) Jawabnya: Aku naik saksi bahawa ia adalah hamba Allah dan pesuruhnya dan dikatakan kepadanya lihatlah tempat dudukmu di neraka, telah ditukar oleh Allah dengan tempat duduk di syurga. Adapun orang kafir dan munafiq menjawab – tidakku ketahui hanya aku berkata dengan apa yang dikatakan oleh orang. Maka ia dipukul dengan penukul besi di antara kedua telinganya lantas menjerit hingga suaranya didengari kecuali jin dan manusia.




7. ADAKAH MAYAT YANG TIDAK BERQUBUR JUGA MENERIMA AZAB QUBUR

7.1 Menurut Ulama’ , mayat yang tidak diquburkan seperti disimpan di dalam peti sejuk di rumah-rumah mayat , atau terbakar atau hancur berkecai dan ditiup angin tetap menerima azab qubur . Ini adalah kesimpulan yang telah dibuat oleh beberapa orang ulama’ seperti berikut :-

7.1.1 Menurut العلامة محمد السفارينى di dalam kitabnya لوامع الأنوار البهية

من لم يدفن من مصلوب ونحوه يناله نصيبه من فتنة السؤال وضغطة القبر
Sesiapa yang tidak diquburkan seperti disalib dan sebagainya tetap akan menerima soalan dan himpitan qubur.


7.1.2 Di dalam kitab Ar Ruh Al Imam Al Muhaqiq mengatakan :

مما ينبغى ان يعلم ان عذاب القبر هو عذاب البرزخ فكل من مات وهو مستحق
للعذاب ناله نصيبه من قبر ام لم يقبر فلو اكلته السباع او حرق حتى صار رمادا
او نسف فى الهواء او غرق فى البحر وصل الى روحه و بدنه ما يصل الى المقبور .

Suatu perkara yang wajar diketahui bahawa azab qubur itu adalah azab barzakh. Maka setiap yang mati sedang ia layak untuk diazab akan menerima habuannya sama ada ia diquburkan atau tidak walaupun dimakan binatang buas, terbakar menjadi abu, diterbangkan angin atau tenggelam di dasar lautan tetap akan sampai azabnya sepertimana orang yang diquburkan juga.

8. BAGAIMANAKAH CARANYA MAYAT YANG TIDAK DIQUBURKAN MENDAPAT AZAB

8.1 Ibn Abi Al ‘Iz telah memberi komentarnya dalam Syarh Tohawiyyah

وقد تواترت الأخبار عن رسول الله (ص) فى ثبوت عذاب القبر ونعيمه لمن كان
لذلك اهلا و سؤال ملكين فيجب اعتقاد ثبوت ذلك والايمان به و لا نتكلم
فى كيقيته , إذ ليس للعقل وقوف على كيفيته لكونه لا عهد له به فى
هذه الدار

Telah mutawatir hadith Rasulullah S.A.W. di dalam menginthbatkan azab dan nikmat qubur kepada golongan yang layak, begitu juga sabitnya, soal dua malaikat. Maka wajib beri’tiqad wujudnya yang demikian dengan beriman dengannya. Kita tidak dapat memperkatakan keifiatnya kerana aqal tidak mampu meneroka alam berkenaan.






9. IMPLIKASI MEMBINCANGKAN ISU INI SECARA TERBUKA

9.1 Walaupun isu ini masih ada ruang untuk diperbincangkan namun ianya hanya sesuai di kalangan ahli ilmu khususnya dari kalangan ahli hadith , ahli fiqh , usuluddin dan tasauf bukannya di khalayak ramai kerana ia akan membawa implikasi berikut :-

9.1.1 Ia lebih akan mengelirukan masyarakat .
9.1.2 Umumnya di Negara ini menerima dan mempercayai azab qubur memang ada dan kepercayaan ini sedah established .
9.1.3 Tidak ada untungnya isu ini ditimbulkan malah merugikan .
9.1.4 Sedikit sebanyak akan mengikis kepercayaan masyarakat yang kurang faham dengan ulumul hadith terhadap hadith-hadith khusunya yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim . Begitu juga kepercayaan terhadap para ulama’ akan luntur sedikit demi sedikit .

10. PANDANGAN ULAMA’ MENGENAI ORANG YANG MENOLAK AZAB QUBUR

10.1 Menurut kitab كبرى اليقينيات الكونية pengarang nya iaitu Dr Muhd Saed Ramadhan Albuty berpendapat selepas mendatangkan dalil- dalil kewujudan azab qubur
إذا علمت هذا فإننا نقول :
أما إنكار عذاب القبر , من أصله , فهو مزلق الى الكفر , لما ثبت من
الدليل القاطع فيه كما علمت .
وإما اقراره من حيث الأصل , مع الارتياب فى انه للروح فقط أو للروح
مع الجسم أو بعض أجزاء الجسم , فذلك امر ليس من شأنه أن ينتهى
بالباحث ال الكفر لأن التحقيق فى أن العذاب يكون للروح فقط أو للروح
والجسد معا , خاضع للنظر , وليست فيه أدلة قاطعة واضحة كأدلة
أصل التعذيب والتنعيم .




Apabila engkau mengetahui perkara ini maka sesungguhnya kami mengatakan :
Adapun mengingkari azab kubur, dari asalnya (mengingkari azab kubur secara keseluruhannya) maka dia tergelincir kepada kekufuran kerana telah thabit daripada dalil yang qatie mengenainya seperti yang engkau ketahui.

Dan adapun beriman dengan azab kubur, tetapi meragui sama ada untuk roh sahaja ataupun roh dan jasad atau sebahagian dari anggota badan, maka yang demikian itu tidak membawa kepada kekufuran kerana pendapat yang kuatnya dalam masalah azab kubur ini sama ada roh sahaja atau roh dan jasad memerlukan kepada pengkajian yang teliti, dimana tidak ada dalil yang qatie dan jelas seperti adanya azab kubur dan nikmatnya.




10.2 Di dalam kitab Fiqh Sunnah jilid awal mukasurat 311 Sayyid Sabiq menyebutkan
وقال المروزي : قال أبوعبد الله ـ يعني الإمام أحمد ـ عذاب القبر حق
لا ينكره إلا ضال مضل.

Daripada al-Marwazi : Telah berkata Abu Abdullah – iaitu Imam Ahmad – Azab kubur itu adalah benar tidak mengingkarinya melainkan orang yang sesat lagi menyesatkan.

11. KEPUTUSAN

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang untuk kali ke 161 pada 23 Syawal 1424 bersamaan 17 Disember 2003 telah bersetuju bahawa menolak kepercayaan azab qubur setelah wujud keterangan dari Al Quran dan Al Hadith serta Ijma’ Ulama’ adalah terkeluar dari ajaran Islam.

bibsprop - November 20, 2005 10:13 AM (GMT)
Kategori : Akidah

Tajuk :
Fatwa Mengenai Kedudukan Ajaran Islam Jamaah.

Isu :
Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 34 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992 [En.2/92], dan dibaca bersama seksyen 37, Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan setelah berbincang dengan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan pada 26 Safar 1423 bersamaan 9 Mei 2002 dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

Fatwa :
“ Bahawa ajaran dan amalan Islam Jamaah adalah sesat dan terkeluar dari ajaran Islam yang sebenar dan oleh itu orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.”

Rujukan Pewartaan : 317

Tarikh Pewartaan :
27 Mac 2003

-------------------------------------------------------------------------

Keterangan :
KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH
NEGERI PERAK TENTANG
AJARAN ISLAM JAMAAH
DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

1. TUJUAN.

1.1. Kertas ini akan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak mengenai kedudukan ajaran Islam Jamaah mengikut hukum syara’.

2. LATAR BELAKANG.

2.1. Jawatankuasa Syariah Negeri Perak telah bermesyuarat pada 26 Safar 1423 bersamaan 9 Mei 2002 telah membincang meneliti dan membahas perkara berkenaan berdasarkan laporan yang disediakan oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Perak .

2.2 Pada tarikh 6 Mac 2002 pihak Jabatan Imigresen telah menahan 10 orang lelaki berbangsa Indonesia yang memegang kad pengenalan bersatus penduduk tetap Malaysia ( PR ). Kesemua saspek tersebut telah telah diserah dan ditahan semula oleh pihak Jabatan Agama Islam Perak untuk siasatan lanjut kerana disyaki terlibat dengan ajaran yang meragukan.

2.3. Di dalam operasi awal yang dilakukan oleh pihak Jabatan Imigresen, sejumlah barang - barang kes telah dirampas seperti beberapa naskah al-Quran yang tidak mendapat kelulusan pihak Kerajaan Malaysia, beberapa kitab keagamaan, risalah - risalah keagamaan, borang penyaksian taubat nasuha dan risalah yang mengandungi syarat untuk mempelajari persilatan Asad .

2.4 Di dalam siasatan yang dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Perak, salah seorang saspek yang bernama Encik Muchyar bin A Majid mengaku bahawa beliau pernah belajar di Pondok Kediri, Jawa Timur, iaitu tempat bermulanya ajaran ini di negara Indonesia.

2.5 Pada tarikh 7 Mac 2002 kesemua 10 orang saspek tersebut telah ditahan semula oleh pihak Polis DiRaja Malaysia ( PDRM ) kerana disyaki mengancam keselamatan negara. Hasil siasatan pihak Cawangan Khas PDRM merumuskan bahawa keseluruhan mereka yang ditangkap adalah merupakan pengikut ajaran Islam Jamaah di kawasan Ipoh di dalam negeri Perak.

2.6 Di dalam negeri Perak, dipercayai ajaran Islam Jamaah dikembangkan oleh pengikut-pengikutnya yang berbangsa Indonesia memegang kad pengenalan berstatus penduduk tetap Malaysia ( PR ) di sekitar kawasan Ipoh, Menglembu dan Simpang Pulai.

2.7 Ajaran ini mula diperkenalkan di Jawa Timur, Indonesia pada tahun 1941. Pengasas ajaran ini adalah Haji Nurhasan Al Ubaidah Lubis dan menggelarkan dirinya sebagai Amirul Mukminin.

3. TINDAKAN UNDANG-UNDANG KERAJAAN INDONESIA

3.1. Hakim Agung Indonesia, Soegih Arto telah mengharamkan kumpulan dan ajaran Islam Jamaah menerusi surat bil. KEP-089/DA 10/ 1971 bertarikh 20 Oktober 1971. Ini adalah kerana ajaran ini amat berbahaya dari segi aqidah dan syariah umat Islam serta boleh memecah belahkan masyarakat.

4. TINDAKAN UNDANG-UNDANG JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR DAN FATWA PENGHARAMAN AJARAN ISLAM JAMAAH.

4.1. Sepanjang tahun 1998, pihak Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) telah membuat dua tangkapan yang berkaitan dengan penyebaran ajaran ini. Mereka didakwa mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu mengajar tanpa tauliah.

4.2. Pada tarikh 19 Februari 1998, Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ Negeri Selangor ( Majlis Fatwa Negeri ) telah mengeluarkan fatwa bahawa ajaran dan amalan Islam Jamaah didapati menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

5. CIRI-CIRI AMALAN YANG MENYELEWENG DARIPADA ASAS AJARAN ISLAM

5.1. SUDUT AQIDAH.

( A ) Bai’ah.

Setiap pengikut beliau perlu berbai’ah dengan Haji Nurhasan atau wakilnya dan menyakini beliau sebagai Amirul Mukminin. Mereka harus patuh dan tunduk pada ketentuan guru.

( B ) Tidak Islam.

Menurut Haji Nurhasan bahawa mana-mana orang yang telah memasuki Islam Jamaah telah menjadi Islam yang sebenar manakala orang lain dianggap kafir.

( C ) Sumber Hukum.

Menurut ajaran Islam Jamaah, Amir ( Ketua ) adalah sumber hukum. Oleh itu, Amir akan menentukan segala-galanya ke atas pengikut seperti perkahwinan, perceraian dan sebagainya. Jika anak ingin berkahwin perlu mendapat izin Amir. Poligami adalah dilarang di kalangan pengikut Islam Jamaah.


5.2. SUDUT SYARIAH.

( A ) Kaedah Mempelajari Ilmu-Ilmu Islam.

Pengikut-pengikut ajaran Islam Jamaah diajarkan al Quran dan al Hadis secara manqul dari Haji Nurhasan tanpa dilengkapi ilmu sorof, nahwu, balaghah dan kitab-kitab tafsir. Mereka tidak menerima ilmu Feqah dan usul Feqah kerana selain al Quran dan al Hadis dianggap Bid’ah Dholalah. Hadis yang diriwayat oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim tidak diterima, ini adalah kerana pengikut ajaran ini hanya menerima hadis secara silsilah guru iaitu Haji Nurhasan.

( B ) Najis Mughallazah Tidak Perlu Samak.

Ajaran kumpulan ini menjelaskan bahawa hanya bejana atau pinggan mangkuk yang dijilat anjing sahaja yang perlu disamak seperti yang disebut dalam hadis. Adapun selain dari itu sekiranya kita pegang anjing atau babi mahupun dalam keadaan basah tidak perlu disamak, kerana mereka menganggap ianya tidak najis.

( C ) Hanya Najis Manusia Dianggap Najis.

Mereka mentafsirkan bahawa najis manusia sahaja yang dianggap najis. Najis binatang tidak dikategorikan sebagai najis seperti tahi cicak. Cara-cara menyuci najis manusia hanya perlu buang najis tersebut, kemudian disiram. Sekiranya najis tersebut terkena lantai rumah atau tempat yang luas, tidak perlu mengalirkan air tersebut. Manakala najis binatang samada terkena pada tempat sembahyang atau pakaian tidak perlu disucikan, kerana ia tidak najis.



( D ) Tafsiran Air Dua Kolah Dan Musta’mal.

Mengikut tafsiran Islam Jamaah pada umumnya yang dimaksudkan air Dua Kolah itu tiada sukatan yang sebenarnya terpulang kepada seseorang itu untuk membuat sukatan, jika ia berpendapat sukatannya satu baldi maka itulah sukatan yang sebenarnya. Manakala tafsiran air Musta’mal pula ialah “ Air bertakung yang sudah bercampur najis manusia ” adapun air yang sudah digunakan atau air yang sudah digunakan atau air yang sudah bertukar warna seperti terkena air sabun atau sebagainya tidak dikira Musta’mal bahkan air itu suci dan menyucikan. Oleh yang demikian dalam tafsiran mereka air satu timba boleh digunakan untuk mengambil air sembahyang untuk beberapa orang dengan mencelupkan tangan ke dalam timba tersebut.

( E ) Sembelihan.

Mengenai sembelihan, kumpulan Islam jamaah telah menetapkan bahawa mana-mana binatang yang mati di dalam kawasan atau perkampungan orang-orang Islam ia tidak perlu disembelih dan halal dimakan. Tulang babi juga tidak haram atau najis kerana di dalam Al-Quran menyebut hanya daging babi sahaja. Alasan mereka berbuat demikian kerana ia makhluk ciptaan Allah.

( F ) Melakukan Solat Jumaat di rumah.

Mereka berpendapat bahawa solat Jumaat berjemaah di masjid itu hanyalah adat sahaja. Dengan alasan solat boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Di dalam Al-Quran ( Surah Al Jumuah ) menyebut kita hendaklah mengingati Allah dan tidak pula disuruh mendirikan solat Jumaat. Oleh itu, ada ketikanya mereka hanya membaca al Quran dan al Hadis untuk berzikir di rumah.



( G ) Menanggung Dan Membawa Al Quran Tanpa Berwuduk.

Mereka berbuat demikian dengan alasan bahawa tulisan ayat Al Quran adalah ciptaan manusia dan Al Quran sebenarnya terletak di Luh Mahfuz. Oleh itu mereka tidak menghormati Al Quran dan meletakkan di tempat yang tidak wajar seperti bersebelahan dengan tempat tidur kucing. Bahkan pengikut-pengikut ajaran ini juga menconteng dan menulis di dalan naskah kitab suci al Quran.



( H ) Menyebarkan Fahaman Khilafiah/ Furuiyah dalam Pengajaran Dan Amalan.

Antara amalan-amalan tersebut adalah seperti tidak membayar fidyah / tahlil untuk si mati. Begitu juga pembacaan talkin dan bacaan qunut dalam solat subuh. Semua perkara tersebut adalah amalan bid’ah dholalah dan mereka mengambil pendirian bahawa setiap bid’ah dholalah masuk api nereka. Mereka juga mengatakan bahawa, bersentuhan lelaki dan perempuan yang ajnabi tidak batal wuduk.

( I ) Dana / Sumbangan Harta

Terdapat 4 kategori infaq (membelanjakan harta) yang perlu dilaksanakan oleh setiap ahli ajaran Islam Jamaah iaitu :-

a. Infaq biasa - dibayar seminggu sekali sesudah solat jumaat

b. Infaq rutin - dibayar setiap bulan iaitu sebanyak 10% dari
pendapatan

c. Infaq - infaq kekayaan, iaitu semacam cukai kekayaan
Sabilillah yang ditentukan oleh amir.

d. Kifarah - Denda kerana melakukan kesalahan dikira mengikut
besar atau kecilnya kesalahan itu. Perlaksanaannya
ialah setelah orang itu mengaku bersalah dan bertaubat kepada Amirul Mukminin





( J ) Asnaf yang Berhak Menerima Zakat.

Mereka yang baru belajar Al Quran atau al Hadis dengan jamaah ini dianggap baru memeluk Islam. Oleh itu mereka berhak menerima zakat di atas asnaf muallaf walaupun ia seorang yang kaya.

bibsprop - November 20, 2005 10:15 AM (GMT)
Kategori : Akidah

Tajuk :
Kedudukan Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit

Isu :
Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 34(1)Enekmen pentadbiran Agama Islam 1992(En.2/92) dan dibaca bersama seksyen37.
Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan setelah berbincang dengan Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan pada 15 Syaaban 1423 bersamaan 22 Oktober 2002 dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

Fatwa :
“ Bersama ajaran dan amalan Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit adalah sesat dan terkeluar dari ajaran Islam yang sebenar dan oleh itu orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.”
No. 474

Berhubung dengan pemberitahuan No. 316 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Perak pada 8 mei 2003 gantikan Jadual dengan Jadual berikut :

“ Bahawa ajaran dan amalan Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit adalah sesat dan terkeluar dari ajaran islam yang sebenar dan oleh itu orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.”

Rujukan Pewartaan : 316

Tarikh Pewartaan :
27 Mac 2003

--------------------------------------------------------------------------

Keterangan :
CIRI – CIRI AJARAN HASAN BIN JONIT

1. Bertemu Dengan Allah

Beliau ( Hassan Bin Jonit ) mendakwa telah bertemu dengan Allah melalui Ilmu Hakikat. Walaubagaimanapun beliau tiada mencipta ataupun menulis kitab hasil pertemuan dengan Allah berbanding dengan pertemuan beliau dengan Rasulullah melalui Ilmu Hakikat Roh.

2. Bertemu Nabi Muhammad

Hassan Bin Jonit mengakui bahawa ia bertemu dengan roh Nabi Muhammad melalui Ilmu Hakikat Roh, beliau mendakwa bahawa masa bertemu ialah ketika mengangkat nafas atau dengan istilah ( Tanaffus ). Oleh yang demikian setiap kali bertemu dengan Nabi Muhammad beliau akan mencatat tarikh pertemuan tersebut di dalam setiap pertemuan, pertemuan itu dinamakan perkhabaran. Hasil daripada setiap pertemuan itu telah dibukukan dan dijadikan sebanyak 24 bab. Hassan juga mendakwa kitab hasil pertemuan ini dengan dengan Nabi Muhammad melalui Hakikat Roh adalah Hadis Qudsi.




3. Boleh Tafsir Mimpi

Hassan Bin Jonit telah memperkenalkan kepada pengikutnya mengenai keupayaan beliau mentadbir mimpi. Pada kebiasaannya apabila mereka mengadakan pengajian di Markaz, mana – mana pengikut yang tidak dapat pulang akan bermalam di Markaz tersebut, pada waktu pagi selepas solat Subuh mereka akan memperkatakan mimpi masing – masing kepada Hassan untuk ditafsirkan mimpi tersebut. Segala tafsiran mimpi tersebut dijadikan panduan dan sampai satu peringkat dijadikan sumber hukum.


4. Dahi Hitam Tanda Bela Jin

Pada kebiasaannya seseorang yang rajin sembahyang kita dapat melihat dengan jelas dahinya akan menjadi hitam , ini adalah disebabkan daripada melakukan sujud. Mengikut Hassan bagi orang – orang yang ada mempunyai kesan sujud tersebut adalah orang – orang yang ada membela jin.


5. Solat Pejam Mata

Mengikut penjelasan Hassan kepada pengikutnya bahawa bagi orang – orang yang hendak mengerjakan solat hendaklah menutup mata iaitu samada solat sunat atau solat fardhu, beliau mendakwa adalah menjadi kesalahan terhadap Allah S.W.T. seseorang yang mengerjakan solat itu dalam keadaan mata terbuka. Beliau juga mendakwa bagi orang – orang yang solat dalam keadaan mata terbuka sekiranya menjadi imam nampak seperti khinzir.

6. Menolak Hari Akhirat

Beliau semasa menyampaikan ajaran kepada pengikut-pengikutnya ada menyatakan bahawa Hari Akhirat tidak wujud. Oleh yang demikian, beliau berpendapat bahawa kebenaran Hari Akhirat yang telah di jelaskan dalam Al-Quran dan ditafsirkan oleh ulama’ – ulama’, ilmu kalam ataupun syariat agama islam adalah tidak benar. Sehubungan dengan itu beliau telah meminta kepada semua pengikut menolak adanya Hari Akhirat.

7. Mandi Wajib Dengan Celup Jari

Menurut Hassan mengikut Ilmu Hakikat tidak perlu meratakan air keseluruh anggota badan bagi seseorang yang hendak mandi wajib, hanya cukup dengan mencelup jari kita di dalam air, beserta niat maka sempurnalah mandi wajib tersebut.


8. Dilarang Berdoa Untuk Orang Lain

Di antara ajaran lain yang telah diperkenalkan oleh Hassan iaitu, melarang pengikut-pengikutnya mendoakan untuk orang lain, ini adalah disebabkan seseorang itu hanya layak mendoakan untuk dirinya sendiri sahaja. Beliau mendakwa hanya Nabi Muhammad sahaja yang layak mendoakan seseorang yang lain.

9. Wakil Guru Dari Luh Mahfuz

Hassan bin Jonit mendakwa bahawa beliau adalah wakil guru dari Loh Mahfuz yang dilantik khas ke bumi iaitu Baladil Amin, beliau juga mendakwa bahawa bagi orang – orang yang mempercayai dan mengikuti pengajaran beliau akan selamat dunia dan akhirat.



10. Wakil Guru Seluruh Dunia

Selain dari mengakui beliau sebagai ‘Wakil Guru Dari luh Mahfuz’ Hassan juga mendakwa bahawa Nabi Muhammad telah memberikan dan mengijazahkan segala ilmunya kepada beliau. Segala ilmu Nabi Muhammad juga diberikan kepada beliau sahaja di dalam dunia.




11. Mencabar Pihak Berkuasa Agama

Untuk menegakkan kebenaran ajaran beliau, beliau mencabar Pihak berkuasa Agama dengan mendakwa sekiranya Pihak Berkuasa Agama menngambil tindakan terhadapnya beliau akan menurunkan malaikat untuk menghancurkan mana – mana pegawai agama yang mengambil tindakan terhadap beliau. Beliau juga mendakwa bahawa semua ilmu yang ada pada beliau telah mendapat kepujian daripada Allah S.W.T.

bibsprop - November 20, 2005 10:17 AM (GMT)
Kategori : Akidah

Tajuk :
Fatwa Mengenai Al-arqam

Isu :
Fatwa yang ini berkaitan :

(i) Buku yang bertajuk “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” yang ditulis oleh Ustaz HAJI ASHAARI MUHAMMAD dan isi kandungannya; dan
(ii) “Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi” yang ditulis oleh Mohamad Taha As Suhaimi dan juga yang ditulis oleh pihak-pihak lain dalam semua bahasa dan isi kandungannya,
B. Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung di dalam buku bertajuk “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” dan “Menaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi.”

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 41 (3) Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam 1965, Majlis Ugama Islam dan ‘Adat Melayu Perak Darul Ridzuan membuat dan mengisytiharkan fatwa yang telah diputuskan oleh Majlis tersebut dalam Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan ‘Adat Melayu Perak Darul Ridzuan pada 1 Rabiulawal 1415 bersamaan 10 Ogos 1994 seperti berikut:

C. Bahawa pengharaman ini meliputi –
(i) apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di (A) di atas, dan termasuklah apa-apa pegangan ideologi, falsafah, atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan dan penunaian yang merangkumi bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan kebatinan iaitu suatu pegangan, ideologi, falsafah atau kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Waljamaah;
(ii) apa-apa bahan publisiti Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam termasuk mana-mana terbitan, ertinya apa-apa bahan, termasuklah gambar, gambarfoto, poster, rajah, surat edaran, glansar filem, iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain, yang bertujuan untuk memberi publisiti kepada terbitan tersebut yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di (A) di atas;
(iii) apa-apa terbitan, ertinya apa-apa buku, majalah, pamplet, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan, atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya, dan termasuklah apa-apa filem iaitu sebuah wayang apa-apa terbitan, ertinya apa-apa buku, majalah, pamplet, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan, atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya, dan termasuklah apa-apa filem iaitu sebuah wayang gambar, sebuah pita rakam, atau sebuah rekod walau bagaimanapun ianya dibuat; dari suatu imej berdasarkan penglihatan, yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat menayangkan rangkaian itu sebagai suatu gambar bergerak; rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring-piring hitam, fotografi, pita-pita rakaman, cakera laser dan cakera padat, yang mana dirakamkan rakaman suara manusia, untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di (A) di atas;

Oleh itu, orang Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan lain-lain aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk menghidup dan mengembangkan kumpulan ini.
Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual, termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah, atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam kepada mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua pihak dilarang daripada memberi apa jua kemudahan dan bantuan.”

Rujukan Pewartaan : 10

Tarikh Pewartaan :
18 Ogos 1994

bibsprop - November 20, 2005 10:18 AM (GMT)
Kategori : Akidah

Tajuk :
Fatwa Tentang Kumpulan Al-maunah.

Isu :
Fatwa ini berkaitan dengan Kumpulan al-Maunah berdasarkan kandungan buku " Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Maunah" karangan Syeikh Muhamad Amin B. Mohd Razali.

Fatwa :
Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 34(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992 [En. 2/92], dan dibaca bersama subseksyen 34 (2), Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan setelah berbincang dengan Jawatankuasa Syariah “Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak Darul Ridzuan” pada 9 Syaaban 1421 bersamaan 6 November 2000 dan atas titah perintah Duli Yang Mulia Sultan mengisytiharkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.
(1) Kandungan buku bertajuk “Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Maunah Malaysia Seni Bela Diri Warisan Islam (sumber kekuatan batin)” karangan Syeikh Muhamad Amin bin Mohd. Razali didapati mengandungi perkara-perkara yang meragukan dan menyalahi ajaran Agama Islam yang sebenar. Oleh yang demikian umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu dan buku itu wajib diharamkan dan pengamalnya wajib bertaubat.
(2) Bagi orang-orang Islam yang telah membaca, menyebar dan mengamalkan ajaran itu di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Rujukan Pewartaan : 509

Tarikh Pewartaan :
2 Ogos 2001

------------------------------------------------------------------------

Keterangan :

PERSAUDARAAN ILMU DALAM
AL MAUNAH MALAYSIA SENI BELA DIRI
WARISAN ISLAM (SUMBER KEKUATAN BATIN)
DAN AMALAN AHLI KUMPULAN
AL MAUNAH



1. TUJUAN


Berikut adalah keputusan Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada 9 Syaaban 1421 bersamaan 6 November 2001 buat kali ke 150 mengenai isi kandungan buku “Persaudaraan Ilmu Dalam Al Maunah Malaysia Seni Bela Diri Warisan Islam (Sumber Kekuatan Batin)” dan amalan yang dilakukan oleh ahli kumpulan Al Maunah yang berasaskan kepada buku tersebut.


2. LATAR BELAKANG


2.1 Ahli-ahli kumpulan ini mengambil kepercayaan dan berpegang kepada buku ini dalam mengamal wirid dan zikir harian mereka dengan bermatlamatkan mendapat kekuatan melaluinya.

2.2 Silat Al Maunah ini dipimpin oleh seorang yang diberi gelaran Syeikh Muhammad Amin Bin Mohd Razali iaitu Guru Utama kumpulan ini.Beliau yang mengarang buku “Persaudaraan Ilmu Dalam Al Maunah Malaysia Seni Bela Diri Warisan Islam (Sumber Kekuatan Batin)

2.3 Asal silat yang diambil oleh Muhammad Amin ini ialah dari “Persaudaraan Ilmu Dalam Al Maunah ,”beralamat di perumahan Citra Nila Wanasari , Blok JC 15, No. 08 Cibitung , Bekasi Jawa Barat , Indonesia.




3. CIRI-CIRI BERIKUT ADALAH HASIL DAPATAN YANG DITEMUI DARIPADA KANDUNGAN BUKU “PERSAUDARAAN ILMU DALAM AL-MAUNAH MALAYSIA SENIBELA DIRI WARISAN ISLAM (SUMBER KEKUATAN BATIN)” YANG DIDAPATI BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM.


(a) Persaudaraan Ilmu Dalam Al Maunah Malaysia Seni Bela Diri Warisan Islam (Sumber Kekuatan Batin) adalah mengandungi fahaman yang terpengaruh kepada konsep wahdatul wujud seperti penyataan:-

“Dalam hadith Allah berfirman(….)
“Aku ciptakan makhluk keranamu, aku ciptakanmu keranaku untuk aku pamerkan kebesaran dan keagunganku.Dengan itu Allah berkata “KUN” yang bermaksud ‘JADILAH’maka terciptalah nur Nabi Muhammad saw.”Kunfayakun kata Nabi Muhammad saw sebagai maksud Nabi membawa Quran yang jadi induk/kandungan ajaran Islam.Robbukum kata Jibril membawa maksud Jibril menjalankan perintah menurunkan Al quran dari Allah kepada manusia melaui Nabi Muhammad SAW sebagai penerima(perantara)
(HALAMAN 5)

ULASAN
i) Pernyataan di atas dapat dirasakan bahawa kumpulan ini terpengaruh dengan fahaman wahdatul wujud iaitu satu fahaman yang berpegang kepada kepercayaan semua benda yang ada di dunia ini selain Allah merupakan penzahiran Allah iaitu Allah menampakkan diriNya melalui penzahiran .Tersebut di dalam kitab تقريب الأصول لتسهيل الوصول لمعرفة الله والرسول

orang yang beriktiqad sedemikian rupa hendaklah dibunuh dan dicampakkan mayatnya untuk habuan anjing.

ii) Percaya kepada konsep asal kejadian daripada Nur Muhammad .Nur Muhammad ialah cahaya yang dihubungkan dengan Nabi Muhammad SAW.Dari segi istilah ialah ciptaan yang pertama , sebelum ia menciptakan makhluk Nya yang lain. Cahaya ini diciptakan dari Nur Allah , pada asal kejadiannya , Nur ini sama dengan rupa kejadian Nabi Muhammad SAW .Sesungguhnya Al Quran dan Al hadith tidak pernah menyentuh mengenai Nur Muhammad dan tidak pernah mengatakan bahawa Nur Muhammad itulah yang mula-mula wujud dan menjadi punca yang maujud.Hujjah-hujjah yang selalu menjadi sandaran orang yang berpegang kepada fahaman Nur Muhammad ini selalunya berhujjah dengan hadith maudhu’ ataupun hadith dhaif yang tidak boleh menjadi hujjah dalam aqidah.Sebarang pendustaan terhadap Rasulullah SAW adalah amat dimurkai Allah.Sabda Nabi SAW

من كذب على متعمدا فليتبوأ مقعده من النار

“Barangsiapa yang sengaja mendustai aku dengan sengaja , sesungguhnya telah menyediakan baginya api neraka.”

b)Terdapat dalam buku berkenaan
“…..Mereka ini beramal dan menerima ijazah secara musofahah , bukan secara kitab .Jadi mereka ditentang kerana tiada bukti .Sedangkan amalan mereka datang sebagaimana datangnya wahyu Rasul-rasul alaihissalam….”

HALAMAN 4

“4. MA’UNAH ialah kejadian luar biasa pada diri orang Islam yang awam , seperti mengetahui yang ghaib-ghaib dan sebagainya.

HALAMAN 10

ULASAN

Perkara di atas bertentangan dengan ajaran Islam yang menetapkan hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib berdasarkan Firman Allah SWT:-


“Katakanlah wahai Muhammad sesiapapun samada di langit atau di bumi tidak mengetahui yang ghaib kecuali Allah sahaja”

surah An Namli 95

c) Seperkara lagi ialah konsep penerimaan wahyu oleh manusia yang bukan rasul jelas bertentangan dengan aqidah Islam.


d) Salah satu konsep yang menjadi pegangan kumpulan ini ialah termasuk tawassul dengan orang yang telah mati.

“1. Tawasul dengan sesuatu /perkara yang telah berlaku kewujudannya seperti bertawassul dengan orang yang telah mati”

HALAMAN 6

Ulasan
Antara bentuk tawassul yang tidak dibenarkan di dalam Islam ialah bertawassul dengan orang yang telah mati seperti yang tersebut dalam kitab فتاوى العقيدة oleh فضيلة الشيخ محمد بن صالح بن عثيمين halaman 269

Berlaku pertentangan fakta sejarah yang nyata seperti pernyataan berikut:

“ Di antara sumbangan besar orang tarikat ialah Tarikat Syazaliah di bawah pimpinan Abu Hasan Syazali sendiri (pengasas tarikat ) telah memimpin 3000 bala tentera yang kesemuanya Ahlullah , mengalahkan tentera kristian dalam perang salib .Kemenangan ini sebenarnya adalah kemenangan muktamad umat Islam dalam perang salib , tapi tidak ditulis dalam sejarah sebagai rujukan kitab « Manakib Syazaliah ».Sebaliknya dijulang nama Salahuddin Al Ayubi sebagai pehlawan perang salib .Sedanglan dialah sebenarnya yang menjadi pemusnah atau penjatuh Islam dari satu sudut “

Ulasan

Fakta di atas jelas membohongi fakta sejarah berkenaan Perang Salib dan pendustaan terhadap peribadi Salahuddin Al Ayubi seperti yang telah tercatat di dalam kitab-kitab sejarah Islam yang ditulis oleh ahli-ahli sejarah Islam.


Mengamalkan kebatinan ,bomoh dan jampi serapah seperti kata « aku mohon perlindungan agar setiap yang memusuhi diriku kembali pada orang marah orang mati,syaitan marah syaitan mati ,iblis marah iblis mati,hantu marah hantu mati,gajah marah gajah mati. »

Percaya kepada konsep angka –angka tertentu yang diberi terhadap ayat-ayat Al Quran atau kalimah shahadah seperti angka 7 kepada ucapan dua kalimah syahadah .Kepercayaan ini dilihat ada persamaan dengan unsur syiah dan batiniah yang ditolak oleh Islam.

Mengaku dan mempercayai azimat (tangkal) boleh memberi kesan, kepercayaan ini telah sedia dikenalpasti sebagai ajaran sesat.

bibsprop - November 20, 2005 10:19 AM (GMT)
Kategori : Akidah

Tajuk :
Gerakan Anti-hadis

Isu :
“A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –
(a) “Hadis Satu Penilaian Semula” dan “Hadis Jawapan Kepada Pengkritik” yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;
(b) “Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran” yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;
© “Bacaan” yang ditulis oleh Othman Ali;
(d) “The Computer Speaks – God’s Message To The World” yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang
bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta
mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran
dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku
tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith
yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai
sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan
Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan
mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian
sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi
ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan
aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh
menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang
kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung
dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu
kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah,
syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :
Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa “Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak” Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada
ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam
buku “Hadis Satu Penilaian Semula”, “Hadis Jawapan Kepada
Pengkritik ”, “Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu –
Hadith di Dalam al-Quran”, “Bacaan” atau “The Computer
Speaks: God’s Message To The World”; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -
(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan
berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-
ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam
buku “Hadis Satu Penilaian Semula”, “Hadis Jawapan
Kepada Pengkritik”, “Pendedahan Kebenaran Adalah
Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran”, “Bacaan”
atau “The Computer Speaks: God’s Message To The
World”;

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki,
menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan
buku “Hadis Satu Penilaian Semula,” “Hadis Jawapan
Kepada Pengkritik”, “Pendedahan Kebenaran Adalah
Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran”, “Bacaan”
atau “The Computer Speaks: God’s Message To The
World”; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –
(i) apa-apa bentuk, versi atau
variasinya;
(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa
bahasa;
(iii) apa-apa bahan publisiti yang
bertujuan memberikan publisiti
kepada mana-mana buku itu,pada atau
atas apa-apa bahan, sama ada bahan
cetak atau elektronik atau
selainnya atau melalui apa-apa
media; atau
© menjadi anggota atau memimpin mana-mana
Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan
atau mengembangkan kumpulan sedemikian.”

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :
15 Feb 1996

bibsprop - November 20, 2005 10:22 AM (GMT)
Kategori : Sosial/Syariah

Tajuk :
Fatwa Mengenai Status Tanah Pemberian Kerajaan Kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak

Isu :
Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan,menurut Subseksen 34(1)Enekmen Pentadbiran Agama Islam 1992(En.Bil 2 Tahun 1992),selepas dibincangkan dengan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan pada 3 Zulkaedah 1422 bersamaan dengan 17 Januari 2002,dan adalah disiarkan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut Subseksen 34(2).

Fatwa :
Bahawa tanah-tanah pemberian Kerajaan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk tujuan rumah ibadat orang Islam,masjid,
surau dan tanah perkuburan adalah dikira wakaf manakala tanah-tanah pemberian Kerajaan untuk untuk tujuan pembangunan adalah dikira harta Baitulmal.

Rujukan Pewartaan : Jld:57 Bil:5 No: 164

Tarikh Pewartaan :
16 Feb 2004

------------------------------------------------------------------------

Keterangan :


KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH
NEGERI PERAK MENGENAI STATUS TANAH
KURNIAAN KERAJAAN KEPADA
MAJLIS AGAMA ISLAM PERAK


1. LATAR BELAKANG.

1.1 Kerajaan Negeri Perak , dari masa ke semasa telah dan akan mengurniakan tanah kepada Majlis Agama Islam Perak bagi tujuan-tujuan pembinaan masjid, surau, tapak perkuburan , sekolah agama rakyat dan lain-lain tujuan pembangunan Islam.

1.2 Kadangkala timbul masalah apabila tanah-tanah tersebut mahu dimajukan dengan melibatkan pengambilan semula oleh kerajaan dan projek-projek pembangunan yang lain .

1.3 Satu keputusan fatwa perlu di adakan dengan jelas terhadap isu tersebut agar penggunaannya tidak menyalahi hokum-hukum waqaf dalam Islam jika sekiranya status tanah tersebut adalah tanah waqaf.

1.4 Jawatankuasa Syariah Negeri Perak telah bermesyuarat pada 3 Zulqaedah 1422 bersamaan 17 Januari 2002 kali ke 154 telah membincang meneliti dan membahas perkara berkenaan .



1.5 Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh ahli-ahli mesyuarat seperti berikut:-
1.5.1 SS Dato’ Seri (Dr ) Hj Harussani bin Haji Zakaria – Pengerusi
1.5.2 SF Tuan Hj Mohd Yusof Hussin
1.5.3 AF Dato’ Hj Abdul Rahman Osman
1.5.4 AF Tuan Haji Abdul Majid Zainal Abidin
1.5.5 AF Tuan Hj Mat Hashim Anang
1.5.6 AF Prof Madya Hj Mohd Salleh Hj Ahmad
1.5.7 Tuan Hj Abdul Latif Abdul Rahman
1.5.8 Tuan Haji Abdul Rahman Salleh
1.5.9 Tuan Haji Muhd Rivai Batu Bara

2. KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH.
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak kali ke 154 yang bersidang pada hari ini 3 Zul qaedah 1422 bersamaan 17 Januari 2002 bersetuju bahawa tanah-tanah pemberian kerajaan untuk tujuan rumah ibadat orang Islam , masjid, surau dan tanah perquburan adalah dikira waqaf manakala tanah-tanah pemberian kerajaan untuk tujuan pembangunan adalah dikira sebagai harta baitul mal .

3. DALIL DAN HUJJAH
3.1 Dipetik dari kitab
أسنى المطالب شرح روض الطالب للقاضى أبى يحى زكريا الأنصارى الشافعى
المجلد الخامس
: الأول : الواقف , وشرطه أهلية التبرع ) فيصح من كافر ولو لمسجد , وإن لم يعتقده قربة اعتبارا بإعتقادنا ومن مبعض لا من مكاتب ومفلس ومولى عليه ولو بمباشرة وليه ، وشمل كلامه الإمام فيصح وقفه من بيت المال على معين وجهة ، كما أفتى به ابن الصلاح والنووى تبعا لجمع ...
Syarat bagi orang yang mewaqafkan adalah أهلية التبرع maka sah waqaf dari orang kafir untuk tujuan pembinaan masjid walaupun bukan atas tujuan taqarrub kepada Allah begitu juga sah waqaf dari hamba مبعض bukan hamba مكاتب , begitu juga tidak sah waqaf dari seorang muflis dan juga waqaf seorang yang masih dijagai hartanya oleh walinya dan waqafnya diuruskan oleh walinya Seorang Pemerintah sah waqafnya dari baitul mal untuk pihak-pihak tertentu pendapat ini seperti yang difatwakan oleh Ibnu Solah dan Imam An Nawawi.



3.2 Dipetik dari kitab
الفقه المنهجى على مذهب الإمام الشافعى الجزء الخامس ص 17
وقف إمام المسلمين وخليفتهم
من بيت مال المسلمين
لقد اجاز علماء الشافعية لإمام المسلمين وخليفتهم أن يقف شيئا من أرض بيت مال السلمين , إذا رأى فى ذلك مصلحة لهم , واستثنوا هذا من شرط ملكية الواقف للوقف , فإن الخليفة لا يملك أموال بيت مال المسلمين , ومع ذلك صححوا وقفه هذا , واستدلوا لذلك بوقف عمر الخطاب رضى الله عنه سواد العراق . قال الإمام النووى رحمه الله تعالى فى الروضة :(لو رأى الإمام وقف أرض الغنيمة , كما فعل عمر رضى الله عنه , جاز إذا استطاب قلوب الغانمين فى النزول عنها بعوض أو بغيره ).
Waqaf Pemerintah Muslim dari harta baitul Mal
Ulama’-ulama’ mazhab Syafie telah mengharuskan bagi Imam-imam(pemerintah ) muslimin dan khalifahnya untuk mewaqafkan sebahagian dari tanah-tanah baitul mal jika tindakan itu membawa kemaslahatan kepada umat Islam.Dalam hal ini mereka mengecualikan syarat sempurna milik bagi pewaqaf disebabkan khalifah tidak memiliki harta-harta baitulmal , walaupun begitu mereka berpendapat bahawa sah waqaf berkenaan . Mereka berdalil kepada waqaf yang telah di lakukan oleh Omar Al Khattab semasa beliau memegang jawatan khalifah yang dikenali sebagai waqaf سواد العراق . Telah berkata Imam Nawawi Rahimahullah di dalam Raudhah “Jika Imam berpandangan untuk mewaqafkan tanah rampasan perang sepertimana yang dilakukan oleh Omar r.a hukumnya adalah harus jika mendapat persetujuan dari mereka yang berhak terhadap harta itu samada persetujuan mereka dengan penggantian hak mereka atau selainnya.

bibsprop - November 20, 2005 10:23 AM (GMT)
Kategori : Sosial/Syariah

Tajuk :
Zakat Atas Gaji / Pendapatan

Isu :
Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan,menurut Subseksen 34(1)Enekmen Pentadbiran Agama Islam 1992(En.Bil 2 Tahun 1992),selepas dibincangkan dengan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan pada 25 Syaaban 1410 bersamaan dengan 22 Mac 1990,dan adalah disiarkan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut Subseksen 34(2).

Fatwa :
"Bahawa gaji atau pendapatan termasuk dalam kategori yang wajib zakat apabila cukup nisab dan haul itu adalah merupakan syarat yang diittifaqkan oleh Jumhur Ulama dalam mazhab yang empat.Syarat ini tidak berlaku pada gaji atau pendapatan maka gaji atau pendapatan tidak wajib zakat."

Rujukan Pewartaan : No: 165

Tarikh Pewartaan :
16 Feb 2004

------------------------------------------------------------------------

Keterangan :

KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH
NEGERI PERAK TENTANG
ZAKAT ATAS PENDAPATAN(GAJI)

1. TUJUAN.

1.1. Kertas ini dikemukakan untuk menjelaskan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak mengenai zakat atas pendapatan (gaji)

2. LATAR BELAKANG.

2.1. Jawatankuasa Syariah Negeri Perak telah bermesyuarat pada 25 Syaaban 1410 bersamaan 22 Mac 1990 kali ke 113 telah membincang meneliti dan membahas perkara berkenaan .

2.2 Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh ahli-ahli mesyuarat seperti berikut:-
2.2.1 SS Dato’ Seri (Dr ) Hj Harussani bin Haji Zakaria – Pengerusi
2.2.2 SF Tuan Hj Hasbullah bin Hj Ahmad (Kadi Besar )
2.2.3 YDH Toh Paduka Indera Tuan Hj Mohd Saman bin Mohamed
2.2.4 AF Dato’ Abdul Rahman bin Osman
2.2.5 AF Tuan Hj Yahya bin Mohamed
2.2.6 AF Prof Madya Hj Mohd Salleh Hj Ahmad
2.2.7 Tuan Hj Zulkarnain bin Hj Ahmad

3. PERBINCANGAN HUJJAH DAN ALASAN
3.1 Ahli Mesyuarat bersetuju sebulat suara bahawa pendapatan dan gaji termasuk dalam kategori المال المستفاد berdasarkan petikan dari kitab
الفقه الإسلامى و أدلته juzuk 2 mukasurat 864
"المطلب الثانى زكاة كسب العمل والمهن الحرة :
العمل : اما حر غير مرتبط بالدولة كعمل الطبيب والمهندس والمحامى والخياط والنجار وغيرهم من أصحاب المهن الحرة .
واما مقيد مرتبط بوظيفة تابعة للدولة او نحوها من الموئسسات والشركات العامة او الخاصة , فيعطى الموظف راتبا شهريا كما هو معروف . والدخل الذى يكسبه كل من صاحب العمل الحر والموظف ينطبق عليه فقها وصف "المال المستفاد "
Zakat gaji dan pekerjaan bebas
Pekerjaan terbahagi kepada dua kumpulan , sekumpulan yang tidak berkaitan dengan kerajaan (bekerja sendiri) seperti profesion doctor , jurutera ,peguam,tukang jahit , tukang kayu dan lain-lain pekerjaan swasta.Sekumpulan lagi ialah pekerjaan yang berkaitan dengan kerajaan seperti institusi –institusi dan syarikat-syarikat samada yang umum atau yang khas di mana pegawainya diberi gaji bulanan . Gaji yang diperolehi oleh orang yang makan gaji dengan kerajaan atau swasta adalah disebut oleh ahli feqh sebagai “al-mal al mustafad” (harta perolehan)

3.2 Ahli Mesyuarat juga bersepakat bahawa salah satu syarat yang perlu untuk dipenuhi dalam pembayaran zakat adalah haul berdasar kepada dalil – dalil di bawah :-

لا زكاة فى مال حتى يحول عليه الحول
رواه الدار قطنى والبيهقى من حديث ابن عمر .
Tidak dikenakan zakat bagi harta yang tidak sempurma haulnya
3.3 Ahli mesyuarat bersependapat bahawa syarat zakat bagi المال المستفاد memerlukan haul berdasarkan hadith :-
من استفاد مالا فلا زكاة عليه حتى يحول عليه الحول عند ربه
رواه الترمذى
Sesiapa yang mendapat perolehan harta , tidak dikenakan zakat atas harta perolehannya sehinggan sempurna haulnya di sisi Tuhannya.

Juga berdasarkan petikan dari kitab الفقه الإسلامى و أدلته للدكتور وهبه الزحيلى الجزء الثانى :-
والمقرر فى المذاهب الاربعة انه لا زكاة فى المال المستفاد حتى يبلغ نصابا ويتم حولا ويزكى فى رأى غير الشافعية المال المدخر كله ولو من آخر لحظة قبل انتهاء الحول بعد توفر اصل النصاب

Ditetapkan dalam mazhab yang empat bahawa “al mal al mustafad “ tidak dikenakan zakat sehinggalah ia mencukupi nisab dan genap haul .Ulama’ selain mazhab Syafi’I mengatakan seluruh harta yang disimpan hendaklah dikeluarkan zakat jika cukup nisab walaupun di saat akhir sebelum habis haul .

3.4 Ahli mesyuarat berpendapat menqiaskan haul zakat pendapatan dengan zakat tanaman berdasarkan ayat وآتوا حقه يوم حصاده serta pada masa yang sama meletakkan kadar zakat 2.5% berdasarkan zakat emas perak adalah
قياس مع الفارق .
Penentuan zakat memerlukan kepada nas berdasarkan kepada keterangan di bawah :-
المدار فى الزكاة على ورود النص و لامدخل للقياس فى ذلك
الحاوى للفتاوى جز1 ص136 Perbincangan dalam penetapan zakat adalah didasari dengan datangnya nas dan tiada ruang untuk menggunakan qias.

مسئلة لا زكاة فى التين . قال فى الروضة : بلا خلاف وهو مشكل لانه فى معنى العنب بل اولى
الجواب : المدار فى الزكاة على ورود النص , لا مدخل للقياس فى ذلك ولم يثبت
ايجابها فى التين .
الفتاوى للسيوطي جزء 1 ص132
Masalah pada menyatakan tiada dikenakan zakat pada buah tin .Berkata Imam Nawawi dalam kitab Raudhah : Tanpa khilaf dan ia termasuk dalam persoalan yang masih samar kerana ia diertiakn seperti buah anggur bahkan lebih dari buah anggur.
Jawapan : Perbahasan dalam zakat tertakluk kepada datangnya nas . Tiada peranan qias di situ dan tidak sabit wajib mengeluarkan zakat pada buah tin.

3.5 Ahli mesyuarat berpendapat zakat الأثمان (الذهب والفضة ) memerlukan syarat haul berdasar hujjah berikut :-

واما الاثمان فشيئان الذهب والفضة ))
وشرائط وجوب الزكاة فيها خمسة اشياء
الاسلام والحرية والملك التام والنصاب والحول
وهو كما فى المحكم سنة كاملة وانما اشترط لخبر لا زكاة فى مال حتى يحول عليه الحول ) وهو وان كان ضعيفا مجبور بآثار صحيحة عن الخلفاء الاربعة وغيرهم .
اه . الباجورى : جزء 1 ص 262 263
Adapun ( الأثمان ) ia merupakan emas dan perak.
Syarat wajib zakat padanya ada lima iaitu Islam , Merdeka, Milik sempurna , cukup nisab dan cukup haul iaitu cukup setahun berdasarkan hadith “ tidak perlu zakat pada harta kacuali sempurna haul “ walaupun hadith ini dahif tetapi telah ditampung oleh athar sahabi yang sahih dari sahabat yang empat serta yang lain-lain.


الحديث : عن على رضى الله عنه وساق حديثا الى ان قال : فإذا كانت لك مائتا درهم و حال عليها الحول ففيها خمسة دراهم . وليس عليك شيئ حتى تكون لك عشرون دينارا , فإذا كانت لك عشرون دينارا وحال عليها الحول ففيها نصف دينار فما زاد فبحساب ذلك . رواه ابو داود وصححه البخارى

Al hadith : Daripada Ali RA dalam hadith yang panjang sehingga kata-katanya : Apabila kamu ada 200 dirham dan cukup haul maka zakatnya 5 dirham dan tidak dikenakan zakat ke atas kamu sehingga kamu memiliki 20 dinar dan cukup satu haul maka zakatnya adalah separuh dinar , begitulah kiraan zakat seterusnya.
3.6 Ahli mesyuarat bersetuju bahawa seluruh kitab-kitab ulama’ As Syafiiyyah , Hanabilah , Malik Hanafiah dan jumhur Sahabat dan Tabiien mewajibkan zakat emas , perak, binatang ternakan kerbau , lembu,kambing dan unta dengan cukup nisab dan haul Cuma sebahagian kecil daripada sahabat yang kecil dan tabiien yang berpendapat harta-harta seperti wang ringgit, emas perak,dan binatang ternakan wajib dikeluarkan zakatnya apabila sempurna nisab tanpa mengira haul . Ini adalah pendapat Daud Az Zohiri. Kita diminta oleh Rasulullah SAW untuk berpegang kepada pesanan beginda SAW :

عليكم بسنتى وسنة الخلفاء الراشدين المهديين تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ.
رواية ابو داود جزء 17
“wajiblah ke atas kamu untuk berpegang dengan sunnahku dan sunnah khulafa’ Ar Rasyidin Al Mahdiyyin dan berpegang teguhlah dengannya seperti kamu menggigitnya dengan geraham kamu”

Ada beberapa kategori harta yang diwajibkan zakat tanpa haul seperti terkandung dalam keterangan di bawah :-

ضابط : لا يعتبر الحول فى الزكاة فى سبعة أشياء : زكاة الزروع والثمار والمعدن والركاز والفطر وزيادة الربح في التجارة والسخال اذا ماتت امهاتها او كملت النصاب
Tidak diambil kira haul itu pada zakat tujuh perkara : tanam-tanaman,buah-buahan , galian , rikaz, fitrah,lebihan untung perniagaan , anak kambing apabila kematian emaknya atau sempurna nisabnya.

3.7 Ahli mesyuarat berpendapat tidak berlaku zakat atas pendapatan atau gaji di zaman Khulafa’ Arrasyidin.

4. KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH

6.1. Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak kali ke 113 pada hari Khamis 22hb Mac 1990 bersamaan 25hb Syaaban 1410 bersetuju sebulat pendapat iaitu المال المستفاد itu wajib zakat apabila cukup nisab dan haul kerana haul itu adalah merupakan syarat yang diittifaqkan( دإتفاقكن) oleh Jumhurul Ulama’ ) جمهور العلماء (dalam mazhab yang empat.

bibsprop - November 20, 2005 10:25 AM (GMT)

Kategori : Sosial/Syariah

Tajuk :
Fatwa Menangani Masalah Perpecahan Orang Melayu/islam

Isu :
Fatwa ini berkaitan dengan isu penggunaan perkataan "Islam" pada pertubuhan, isu "Takfir" dan dakwaan bahawa "pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang Islam dilayakkan ke syurga atau ke neraka."

Fatwa :
Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992 [En. 2/92] dan dibaca bersama subseksyen 34(2), Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan setelah berbincang dengan Jawatankuasa Syariah “Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak Darul Ridzuan” pada 5 Zulkaedah 1421 bersamaan 30 Januari 2001 dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

(1) Tiada halangan untuk menggunakan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan malah digalakkan dengan disiplin ilmu, iman dan ihsan mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan perkataan Islam untuk tujuan mengelirukan dan menyeleweng adalah salah dan boleh diambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada.


(2) Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati Rukun Iman dan Rukun Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat bagi menentukan keislaman seseorang itu. Fahaman sedemikian adalah salah di sisi Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaraan salah atau menyeleweng.


(3) Ketentuan syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah S.W.T. Dari itu dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang Islam dilayakkan ke syurga atau ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah dan menyeleweng.

Rujukan Pewartaan : 508

Tarikh Pewartaan :
2 Ogos 2001

------------------------------------------------------------------------

Keterangan :
PENGGUNAAN NAMA-NAMA ISLAM



1. LATAR BELAKANG

1.1 Isu perpaduan dan perpecahan merupakan isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.

1.2 Isu ini timbul berikutan adanya dakwaan bahawa perpaduan Ummat Islam di Malaysia kian tergugat yang menimbulkan polemik kafir-mengkafir ,kurangnya sokongan rakyat kepada dasar pemerintah dan lain-lain isu berkaitan.

1.3 Maka kerajaan telah mengenal pasti antara punca perpecahan itu dan perlu dibendung di peringkat awal lagi.

1.4 Antara factor yang sering diketengahkan ialah penggunaan perkataan ISLAM dalam satu-satu pertubuhan .Jesteru pihak Istana sebagai pihak berkuasa utama agama Islam di negeri-negeri adalah pihak yang diharapkan dapat mencari jalan penyelesaian dan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung masalah perpecahan yang didakwa akibat dari penggunaan perkataan ISLAM dalam sesuatu pertubuhan tadi.

1.5 Mufti adalah bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada DYMM Paduka Seri Sultan dan kepada kerajaan yang memerintah supaya segala tindakan khususnya berkaitan dengan hukum syara’ dapat diterima oleh rakyat ,membina keyakinan rakyat kepada kredibiliti dan keberkesanan pemerintah yang ada dengan pertimbangan yang tidak bertentangan dengan prinsip Islam itu sendiri.


2.0 PANDANGAN ISLAM TERHADAP PENGGUNAAN PERKATAAN ISLAM OLEH UMMATNYA.


2.1 Perkataan ISLAM adalah nama yang diberikan oleh Allah SWT kepada agama (ad din) yang diredhaiNya sebagaimana dalam firmanNya :





“Sesungguhnya agama yang diredhaiNya di sisi Allah hanyalah ISLAM” (Ali Imran 19)

dan firmanNya lagi :




“Pada hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah aku cukupkan kepada mu nikmatKu dan aku telah redha ISLAM itu agama untukmu” (Al Maidah 3)

Orang yang menyebut : Allah SWT sebagai Tuhannya , ISLAM sebagai agamanya dan Muhammad SAW sebagai Nabinya maka ia berhak untuk mendapat keredhaan Allah sebagaimana sabda Rasulullah SAW:


“Barangsiapa berkata ketika petang dan ketika pagi –aku redha ALLah Tuhanku, ISLAM agama ku dan Muhammad nabiku – sesungguhnya ia berhak untuk mendapat keredhaan ALLah” . (H.R Tirmizi)

2.2 ALLah SWT menamakan orang-orang yang menganut agama yang diredhaiNya ini sebagai orang-orang Islam , sebagaimana dalam firmanNya :



“Dia (ALLah) telah menamai kamu sekelian orang-orang muslim sejak dari dahulu”. (Al hajj 78)

Orang-orang Islam diperintahkan untuk menggunakan nama ini dan tidak boleh menggunakan nama lain .Ibnu Kathir berkata bahawa An nasai telah menyebut dalam menafsirkan ayat ini hadith yang berasal Al Harith Al Asy’ari sabda Nabi SAW :


من دعا بدعوى الجاهيلية فإنه من جثى جهنم قال رجل يا رسول الله وإن صام و صلى ؟ قال نعم وإن صام و صلى فادعوا بدعوة الله التى سماكم بها المسلمين المؤمنين عباد الله

“Barangsiapa yang memanggil dengan panggilan jahiliyyah maka sesungguhnya ia akan menjadi timbunan batu neraka jahannam.Berkata seorang lelaki – meskipun ia berpuasa dan bersembahyang ?- berkata Nabi SAW – ya meskipun ia berpuasa dan bersembahyang.Oleh itu panggillah dengan panggilan Allah yang menamakan kamu dengan panggilan itu (iaitu panggilan Islam)akan orang-orang muslim yang beriman sebagai hamba Allah”
(Tafsir Al Quran Al Azim j 3 ms 297)

2.3 Allah menegaskan bahawa orang yang mencari agama selain ISLAM tidak akan diterima sebagaimana dalam firmanNya:





“Barangsiapa yang mencari agama selain daripada Islam sekali-kali tidak akan diterima daripadanya dan diakhirat dia termasuk orang-orang yang rugi .” Ali Imran 85

2.4 Allah memberi pujian kepada orang-orang Islam yang merasa bangga dan gagah menegaskankan keislamannya sebagaimana dalam firmanNya :


“Dan tidak ada yang lebih baik perkataan daripada orang yang menyeru kepada Allah dan ia sendiri mengerjakan amal yang soleh , sambil berkata “sesungguhnya aku adalah dari kalangan orang-orang Islam. Fussilat 33


Menurut Dr Wahbah Az Zuhaili , ada tiga perkara yang perlu difahami dari ayat ini , iaitu : Seruan untuk mentauhid dan mentaati ALLah , melaksanakan apa yang diwajibkan ALLah kepada manusia dan menjadikan Islam sebagai agama dan cara hidup.Tidak ada kata-kata lain yang lebih baik daripadanya .Dan ketika ia mengatakan ( إننى من المسلمين ) ”Bahwa sesungguhnya aku adalah dari kalangan orang-orang Islam “.Dalam menyebut perkataan itu mesti ada perasaan kuat dan gagah ( إعتزازا ) dan merasa bangga( تفاخرا) dengan Menjadikan Islam sebagai satu cara hidup dan agama.
(Tafsir al Munir J 24 ms 226-229)

2.5 Ketika berhadapan dengan ahli kitab , apabila mereka enggan menerima seruan kepada kalimah tauhid seperti dalam ayat 64 surah Ali Imran , maka orang-orang Islam perlu menegaskan pendirian dan identiti mereka behawa mereka adalah orang-orang Islam sebagaimana firmanNya :



Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".

2.6 ALLah memerintahkan supaya orang-orang Islam sentiasa bertaqwa dan memelihara keIslamannya sehinggalah sampai waktu kematian sebagaimana firmanNya:



Wahai orang-orang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar bertaqwa dan jangnlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam . Ali Imran 102

Apabila diteliti ayat-ayat sebelum dan selepas ayat ini adalah peringatan supaya oarng-orang Islam tidak terpengaruh akan hasutan-hasutan musuhnya yang boleh membawa perpecahan kepada mereka dan menegaskan supaya orang-orang Islam berpegaang teguh dengan tali ALLah (agama Islam) Maka penzahiran Islam dan bertaqwa sepanjang hayatnya bukan menjadi punca perpecahan sebaliknya menjadi benteng daripada berlakunya perpecahan.

3.0 DARI SUDUT SEJARAH – PENGALAMAN DI INDONESIA


3.1 Perkataan ISLAM sudah sekian lama digunakan oleh orang-orang Islam di negara-negara umat Islam sebagai nama pertubuhan-pertubuhan mereka untuk dijadikan alat menyatukan dan menyedarkan rakyat menghadapi penjajah.Sebagai contoh « SYARIKAT ISLAM » DI Indonesia yang berdiri semenjak 1912 telah memberi sumbangan yang besar begi mencapai kemerdekaan Indonesia .Apa yang lebih menarik , pemerintah kolonial Belanda tidak pernah melarang menggunakan perkataan Islam dalam pertubuhan ini dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menggunakan perkataan Islam .
3.2 Pada tahun 1945 ummat Islam di Indonesia telah menubuhkan « MASYUMI » (Majlis Syura Muslimin Indonesia) untuk mempertahankan kemerdekaan Indonesia dan ternyata MASYUMI telah berjaya mempertahankan dan mengisi kemerdekaan Indonesia. Akan tetapi dengan desakan Partai Komunis Indonesia (PKI) Presiden Sukarno telah mengharamkan Partai MASYUMI yang kemudian membawa malapetaka kepada Indonesia dengan berlakunya kudeta Partai Komunis Indonesia pada tahun 1965 . Nasib yang sama telah menimpa Presiden Suharto apabila beliau melarang penggunaan asas Islam pada partai dan pertubuhan dengan memperkenalkan « ASAS TUNGGAL PANCASILA » telah membawa padah kepada Suharto dengan kejatuhannya pada 1988.
4.0 PERANCANGAN MUSUH-MUSUH ISLAM

4.1 Musuh-musuh Islam telah lama merancang untuk memutuskan hubungan orang-orang Islam dengan agama Islam dengan jalan menghapuskan segala sesuatu yang ada hubungan dengan Islam Inilah yang diperingatkan oleh Allah SWT dalam firmanNya :





Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu sehingga kamu mengikut agama mereka. Al Baqarah 120

Rasulullah SAW juga telah memberi peringatan melalui sabdanya :

" لتتبعن سنن الذين من قبلكم شبرا بشبر و ذراعا بذراع حتى لو دخلوا فى جحر ضب لا تبعتمو هم قلنا يا رسول الله اليهود و النصارى ؟ قال : فمن


Sesungguhnya kamu akan mengikut cara hidup orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal , sehasta demi sehasta sehingga seandainya mereka masuk lubang biawak pun pasti kamu akan menurutinya . Kami bertanya ya Rasulallah adakah maksudnya orang-orang Yahudi dan Nasrani ? Rasulullah SAW berkata ; Siapa lagi ! “ Hadith Riwayat Muslim

5.0 PANDANGAN DR YUSUF AL QARADHAWI

5.1 Sebenarnya Islam adalah agama yang disampaikan oleh para nabi sehinggalah pengajarannya disempurnakan oleh Nabi Muhammad SAW.Suruhan ALLah SWt supaya menzahirkan dan mengiklankan serta merasa bangga dengan Islam telah berlangsung bukan saja ke atas Nabi Muhammad SAW sahaja bahkan suruhan ini telah berlangsung ke atas nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW lagi.

Kepada Nabi NUH a.s



“Sekiranya kamu berpaling dari ajaranku maka sesungguhnya aku tidak memerlukan upah daripadamu sesungguhnya ganjaranku diberikan oleh ALLah SWT dan aku diperintahkan untuk menjadi orang Islam.” Yunus 72

Kepada Nabi Ibrahim:



“Dan ingatlah ketika Tuhannya memerintahkan kepadanya untuk berserah kepada Allah maka berkata Ibrahim aku menyerah diri kepada Allah .Dan Ibrahim berwasiat kepada anaknya dan nabi Yaacob – wahai anak-anak ku sesungguhnya ALLah SWT telah memilih bagi kalian agama Islam dan janganlah sekali-kali kamu mati keculai dalam keadaan sebagai orang Islam” Al Baqarah 131,132

Berkata Nabi Musa as kepada kaumnya:


“Wahai kaumku jika sekiranya kalian beriman maka hendaklah bertawakkal kepada Allah jika kalian benar-benar menyerah diri kepada Allah (muslim) “ Yunus 84



6.0 ASAS-ASAS LAIN

6.1 Larangan penggunaan perkataan ISLAM akan memberi kelebihan kepada pertubuhan-pertubuhan agama lain dengan seluas-luasnya menyebar dan mempopularkan diayah mereka.

6.2 Perpecahan yang didakwa berlaku bukanlah atas kelemahan perkataan “ISLAM” itu sendiri tetapi adalah lebih dilihat kepada perlakuan dan sikap penganut-penganutnya yang lari dari ajaran islam yang sebenar.

6.3 Pertubuhan yang menggunakan nama ISLAM sepatutnya akan lebih berhati-hati dalam segenap kegiatannya kerana ia membawa implikasi terhadap gambaran ajaran Islam itu sendiri.

6.4 Orang melayu sudah lama menggunakan perkataan ISLAM dan ia diperakui sendiri oleh rakyat bukan Islam malah mendapat pengiktirafan di dalam perlembagaan negara .Larangan menggunakan perkataan ISLAM akan melibatkan perubahan besar dalam perlembagaan negara dan sudah tentu akan membahayakan umat Islam itu sendiri dalam negara yang berbilang kaum ini.

6.5 Institusi Sultan sebagai pemegang kuasa tertinggi agama akan tergugat kerana selama ini seluruh umat Islam amat menghormati Institusi ini kerana ia juga adalah salah satu dari ajaran ISLAM itu sendiri.




* Hosted for free by InvisionFree