View Full Version: HURU HARA AKHIR ZAMAN

My-Sahabat > Bahagian Usuluddin > HURU HARA AKHIR ZAMAN


Title: HURU HARA AKHIR ZAMAN


bibsprop - September 13, 2005 05:21 AM (GMT)
TAHUN 2005 YANG GEMPAR

Petikan KITAB bertajuk " HURU HARA AKHIR ZAMAN - Penjelasan Terakhir untuk Umat Islam" karangan Amin Muhammad Jamaludin Universiti Al-AzharKairo.

BAB TANDA-TANDA DI BULAN RAMADHAN

Ketika manusia dalam kekelamkabutan akibat berbagai konflik akibat kematian Khalifah Raja Saudi, di mana malapetaka mulai menyala, manusia akan dikejutkan dengan peristiwa-peristiwa langit yang menakjubkan pada bulan Ramadhan. Saya menyebutkan tanpa urutan. Tetapi apa yang akan dilihat dan dialami secara berturut-turut dengan cepatnya.
Ketika itu tidak terjadi Ramadhan kecuali manusia dalam keadaan menanti-nanti terjadinya berbagai perkara besar dan peristiwa dahsyat.

Adapun peristiwa tersebut ialah:
1. Bulan mengalami gerhana dalam bulan Ramadhan.
2. Muncul bintang berekor yang mendekati bumi dan membawa bencanaalam.
3. Terdengar suara dahsyat yang menakutkan. Semua orang akanmendengarnya. Diiringi bencana besar dari langit yang menimpa manusia. Ini terjadi pada pertengahan Ramadhan pada malam Jumaat. ( Kalau ikut kalendar 20Oktober 2005 ).
4. Matahari akan gerhana pada bulan Ramadhan.

Nampaknya dua peristiwa terakhir di atas akan berlaku dalam satu hari,atau peristiwa pertama iaitu suara yang dahsyat akan terjadi di malam hari sedangkan gerhana matahari akan terjadi di siang hari.
Saya tidak tahu manakah di antara keduanya yang terjadi lebih dahulu. Merujuk kepada peristiwa di atas sesuailah ianya dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ja'afar Sadiq :

" Kehadiran Imam Mahadi dikalangan umat manusia dibuktikan dgnberlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yg suci, yg tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad "(Ikmal Al-Din m.s 361)

Maka saya telah membuat rujukan pada laman web NASA akan jangkaan gerhana yang tersebut. Berikut adalah sebahagian dari maklumat yang diperolehi dari lama web tersebut.

Begitu juga dengan kejadian gerhana bulan di Bulan Ramadhan 2005.Tercatit di laman web bahawa Gerhana bulan akan jatuh pada:
This is the 43rd eclipse of Saros series 134. The series began with the first of ten partial eclipses on 1248 Jun 22. The first eight central eclipses were total, which were then followed by sixteen hybridevents.The first purely annular eclipse occurred on 1861 Jul 08.
After the last of thirty annular eclipses (on 2384 May 21), the series will produce seven more partial eclipses before ending on 2510 Aug 06. Complete details for Saros 134 may be found at Saros 134
2005 Oct 17: Partial Lunar Eclipse The last event of the year is a rather shallow partial eclipse of the Moon. The penumbral phase begins at 09:51 UT, but most observers will not be able to visually detect the shadow until about 10:30 UT A timetable for themajor phases of the eclipse is as follows:
Saya tukarkan tarikh 2005 Oct 17 kepada calendar Hijrah 13 Ramadhan1426AH Oleh yang demikian jelaslah hadis di atas akan terbukti kebenarannya pada bulan Ramadhan pada tahun 2005 ( tercatit pada calendar akan jatuh pada 5hb Oktober 2005)

Terdapat seperti perselisihan 1 atau 2 hari dari tarikh yang dijangkaoleh NASA. Perselisihan ini diterima sebagai kebarangkalian. Yang pastinya disahkan oleh NASA bahawa kejadian gerhana yang bakal berlaku padatahun 2005 ialah seperti berikut:
Tarikh Miladiah Tarikh Hijrah Gerhana
3.10.2005 29 SHAABAN 1426/1 RAMADHAN 1426 Matahari
17.10.2005 13 RAMADHAN 1426/14 RAMADHAN 1426 Bulan

Nu'aim bin Hammad telah meriwayatkan dengan sanad dari Katsir binMurrah,
ia berkata:
Pertanda kejadian-kejadian besar di bulan Ramadhan adalah suatu tanda dilangit, sesudahnya terjadi perselisihan antara manusia, maka jika engkau menjumpainya, maka perbanyaklah persediaan makanan semahumu.

Dan dengan sanad dari Khalid bin Mi'dan:
Barangsiapa yang telah menjumpai hal itu, hendaklah menyiapkan makanan satu tahun untuk keluarganya.

Saudara kaum muslimin, segala yang tertulis di atas hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui akan kejadiannya. Namun sewajarnyalah ianya menjadi skrip panduan peristiwa tahun 2005 yang patut diperhatikan dengan teliti. Jadi tidaklah kita hairan jika peristiwa tersebut benar-benar terjadi.

Kemudian jika iannya terjadi, dengan selesa kita boleh mempersiapkan mental dan> material menghadapi situasi cemas tersebut. Antara persediaan yang perlu kita buat ialah:
1. Menghafal 10 ayat pertama dan 10 ayat akhir surah Al_kahfi untuk menghindari diri dari fitnah Dajjal.
2. Membaca doa perlindungan fitnah Dajjal selepas tahyat akhir dalam sembahyang sebelum salam.
3. Menyiapkan bekalan makanan, bahan api, gas untuk setahun apabilaada terjadi sesuatu dipertengahan Ramadhan 2005.
4. Sampaikan peringatan ini kepada sahabat handai agar bersediamenghadapi situasi di atas.
5. Tambahkan taqwa dan amal menjelang saat yang rumit dan genting itu.
Sekian.


KALENDAR 2005
TARIKH HARI PERISTIWA
10. 2.2005 Khamis Awal Muharram
21. 4.2005 Khamis Maulud Nabi
5. 9. 2005 Isnin 1 syaaban
5. 10. 2005 Rabu 1 Ramadhan Puasa Ramadhan> (kejadian gerhana Matahari)?
17.10.2005 Isnin 12 Ramadhan (kejadian gerhana bulan)?(Bunyi suara yang amat kuat?)
3. 11.2005 Khamis 1 syawal Hari Raya Puasa
3.12.2005 Sabtu 1 Zulkaedah
2.1.2006 1 Zulhijjah 2006
11.1.2006 Hari Raya haji (Pertumpahan darah di Jamrah)?

PERISTIWA YANG PERLU KITA DIPERHATIKAN
1. Kematian Raja Fadh
2. Suara kuat dalam bulan Ramadhan
3. Gerhana matahari di bulan Ramadhan
4. Gerhana bulan di bulan Ramadhan
5. Komet atau sebagainya ( letupan super volcano?) (bunyi yang kuat?)

______________________________________________________________________

Iqra Bismirabb
(Dapat dari email yahoogroups ISE)
Wahai Muslimin dan Muslimat...BERINGATLAH!!

Hari qiamat sudah semakin hampir..... tanda-tanda qiamat sudah banyak berlaku, baik tanda-tanda kecil mahupun yang besar. Tetapi masih ramai di kalangan kita umat Islam masih tidak sedar. Ini tidak lain kerana kita sudah meninggalkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Yg dilihat hanyalah rukun Islam yg 5 dan rukun Iman yg 6....tidak lebih daripada itu.

Wahai Muslimin Muslimat !!

Sudahkah kalian membaca akhbar pada hari ini?! Sudahkah kalian melihat berita perdana semalam & hari ini (baik apa jua salurannya)? Tidak takutkah kalian dengan apa yang sedang berlaku?? Sepatutnya kita sebagai Muslim tidak harus terkejut dengan apa yang berlaku kerana Rasulullah SAW telah pun memberitahu kpd kita secara detail apa yang nak berlaku di akhir zaman sebelum hari qiamat.... Cuma kita yang tak mahu membaca hadis-hadisnya. MUKA TAK MALU!! Dabik dada saja mengaku sebagai Muslim, tapi HAMPEH...
Bacalah hadis-hadis Nabi yang telah disampaikan lebih 1400 tahun ini dan buatlah persiapan untuknya...
JANGAN TUNGGU LAGI. AJAL DATANG SEKELIP MATA.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)".
Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra,
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak"
(Hadis riwayat Thabrani)

Drpd Abu Hurairah ra,
Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi"
(Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda:
"Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"
(Hadis riwayat Ahmad)

Daripada Ali bin Abi Thalib ra,
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain"
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Wahai Muslimin Muslimat....
APA LAGI YG ANDA TUNGGU??!! BERINGATLAH!! KEMBALILAH KEPADA ISLAM....JANGAN LAGI NAK BERDOLAK-DALIH! Janganlah kalian SOMBONG & EGO terhadap ALLAH!! Sedarlah diri kalian!! Adakah kalian ingin menunggu maut datang di hadapan anda baru nak bertaubat?? Sampai bilakah anda nak TUNGGU & TUNGGU, NANTI & NANTI, TANGGUH & TANGGUH untuk berubah dan membuat persediaan diri?? Adakah anda tahu bila anda akan MATI?? Adakah anda boleh jamin yg anda akan hidup sehingga ke akhir hari ini??

Kalian yang tidak solat, TUNAIKANLAH SOLAT.
Kalian yang tidak menutup aurat, atau menutup sebahagian tetapi membuka sebahagian yang lain, atau yang memakai baju nampak pusat, seluar dalam, baju dalam (laknat Allah dan RasulNya ke atas mereka) BERTAUBATLAH!! TUTUPLAH AURATMU DENGAN SEMPURNA!!
HENTIKANLAH SEGALA BENTUK MAKSIAT!!
Hentikanlah mendengar muzik-muzik yang melalaikan!!
Tunaikanlah zakat dan haji bagi yang berkemampuan.
Tunaikanlah kewajipan kalian sebagai MUSLIM & PENDAKWAH...apa yang kalian dah buat??
Di manakah AKHLAK & ADAB ANDA SEBAGAI MUSLIM? Mengaku saja diri kalian sebagai Muslim....memang muka tak malu!!
Bagi PARA PEMERINTAH MUSLIM!! DI MANAKAH KEWAJIBAN ANDA UNTUK MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG ISLAM & KHILAFAH ISLAM??
Sampai bila anda nak TUNGGU?? DI MANAKAH AMAR MAKRUF & NAHI MUNGKAR?? Sampai hati kalian biarkan RAKYAT TERUS-MENERUS BERGELUMANG DGN DOSA & MAKSIAT!!
Sampai hati kalian biarkan RAKYAT MENJADI AHLI NERAKA!! Apa yang kalian dah buat??!!
Bagi para Muslimin...DI MANAKAH SOLAT BERJEMAAH ANDA DI MASJID-MASJID, SURAU-SURAU & RUMAH-RUMAH....
Adakah kalian masih terus nak jadi MUSLIM yang TAK GUNA & MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI??
Bagi para suami, para bapa, para isteri, para ibu....DIDIKLAH ANAK-ANAK KALIAN!! Kalian diberi amanah untuk menjaga dan mendidik, BUKAN SEKADAR MEMBUAT & MENTERNAK anak-anak!! Jadikanlah mereka sebagai anak yang SOLEH & SOLEHAH. Pada masa yang sama, KALIAN JUGA WAJIB MENUNJUKKAN CONTOH pada mereka sebagai MUSLIM, bukan sekadar menghantar mereka ke sekolah agama. Amalkanlah ISLAM 100%, bermula dr rumah.
TOLONG, TOLONG & TOLONG SEBARKAN PENDAPAT SAYA YG X ALIM SGT AGAMA NIH
DR BERITA YG KITA DGR, BACA, TONTON.... SUDUT BUMI (TERUTAMA D TMPT KEJADIAN, SUMATERA)...TELAH 'LARI' SEBANYAK 20-40 METER... KE ARAH SELATAN... TIDAKKAH KITA SEDAR... ITU MERUPAKAN PETUNJUK.... YG ARAH KIBLAT AKAN BERUBAH... DAH AKHIRNYA KITA SMBYG 'TERBALIK ARAH ' DARI SEKARANG... MATAHARI AKAN TERBIT DARI ARAH YG LAIN... SO, NI BUKAN TANDA2 BESAR KIAMAT DI AKHIR ZAMAN? SEMPATKAH KITA BERTAUBAT? DITERIMAKAH ALLAH TAUBAT 'LAST MINUTE' KITA YG AMAT JAHIL NI?

baby_cute - September 14, 2005 07:00 AM (GMT)
apabila kiamat menjelang, anak isteri ibu kawan dan segala yang ada di dunia sudah tidak bererti lagi yang kita perlukan ialah amalan di dunia yang fana ini..

jadikanlah dunia ladang untuk akhirat..

ceqku - September 20, 2005 08:03 AM (GMT)
semakin kumenginsafi diri ini ::nangis1 ..thanks very much abg bib...

danna - September 26, 2005 03:45 PM (GMT)
QUOTE
AWAS, selamatkan aqidah KITA dgn menghindari kisah2 dan ramalan2 karut seumpama ini.

Siapa Amin Mohd Jamaluddin ?

Beliau ini telah mengarang beberapa buah buku antaranya :

1. Umru Ummatil Islam Wa qurb zuhuril Mahdi (dengar cerita skrang boleh didapati ~ download dari sesetengah web ? )

2. Harmegadon Akhir Bayaan Yaa Ummat al-Islam

=============

Kita lihat apa kata ulama terhadap buku beliau.

Dr Hatim Syarif al-Auni mengatakan :

Citation:
Bahawa buku ini mengandungi sedikit kebenaran di dalamnya, namun cukup banyak pendustaan. Dan kebenaran yang sedikit itu sirna oleh kebatilan yanga ada. Pengarangnya membumbui buku ini dengan penafsiran-penafsiran dan takwilan-takwilan yang menyimpang jauh.

Manakala sebahagian kecil hadis-hadis yang ada di dalamnya, sekalipun memang benar ia adalah sahih, namun penulisnya memperincikan hadis berkenaan dengan kebatilan dan pendustaan. Beliau cuba menyesuaikan hadis berkenaan dengan apa yang sedang berlaku. Bukankah ini cara yang salah dalam menafsirkan hadis.

Nukilan-nukilan yang dibuat oleh Amin Muhamad Jamaludin di dalam buku ini dan juga tafsiran-tafsirannya yang menyeleweng itu, barangkali disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Kerana kejahilannya yang benar-benar jahil tentang al-Sunnah,

atau...

2. Kerana jahil dan kerana ada tujuan tertentu, peribadi, kemasyhuran, wang atau mahu merosakkan agama umat Islam. 


Penulis berkenaan didapati adalah orang yang tidak berkelayakan dalam bidang hadis s.a.w. Hal ini memang cukup-cukup jelas. Oleh itu kita tidak boleh menggunapakai apa yang dibacanya dalam hal apa yg dia tidak tahu. Juga beliau sewajarnya tidak dibenarkan menulis mengenai hal-hal demikian. Malah, pemerintah Islam sepatutnya bertindak menta'dibnya (memberi adab) kepadanya. Agar beliau tidak mengulangi lagi kesalahannya yang boleh mengkocar-kacirkan agama umat Islam, sehingga ke tahap mempermain-mainkan akal mereka menggunakan agama dan Hadis Nabi s.a.w.


====================

dipetik dari tulisan Ustaz Zainys dari Al-Ahkam Online

Sila lanjutkan pembacaan anda ke :

>> http://www.mukmin.info/blog2/?item=perkhab...ng-gempar-bhg-1

>> http://www.mukmin.info/blog2/?item=perkhab...ng-gempar-bhg-2

>> http://www.mukmin.info/blog2/?item=perkhab...ng-gempar-bhg-3

=====================

Kebetulan 2 3 hari lepas, King Fahd al-Saud meninggal dunia, maka artikel si Amin Mohd Jamaluddin ni nampak kian AKTIF kembali.

Para ulama dah ramai yg RADD (menolak) kisah @ artikel karut yg dibuat olehnya. Artikel di atas tu adalah petikan kitab2 Amin Mohd Jamaluddin bertajuk Armageddon bla2... @ Huru Hara Akhir Zaman.

Berhati2, kerana ana melihat buku ini cukup byk dijual di kedai2 buku di Malaysia.

Dalam buku itu dipenuhi pelbagai kisah, dalil dan sumber dhaif yg tidak sahih serta x boleh dipercayai.



====================

Kesimpulan : Karya2 Amin Mohd Jamaluddin tidak wajar sama sekali disebarkan.

Nonsense !

Sedikit nasihat, sila sebarkan maklumat ini kpd org ramai, kerana dilihat tidak sedikit "pengaruh" yg dicetuskan oleh ARTIKEL seumpama di atas di ruang internet.



bibsprop - September 27, 2005 08:35 AM (GMT)
::salam
terima kasih atas info...
cume nak tau...boleh tak tolong senaraikan hujjah-hujjah para ulama yang dikatakan ramai menolak karang Amin Mohd Jamaluddin ini...cume nak tgk hujjah mereka dan bandingkan dengan hujjah ulama yang menyokong die...kalo benar Amin Mohd Jamaluddin berbohong tentang perkara ni..saya akan padamkan posting di atas sekali tuh...harap dpat kerjasama...

danna - September 28, 2005 10:31 AM (GMT)
tengah rush ni...untuk sementara ni boleh ke link yang diberikan..

softtouch - September 29, 2005 12:42 PM (GMT)
to danna...
please provide us enough info especially what our CEO wanted from you to prove before you claim that Amin Muhammad Jamaluddin is a liar about this such things...
your cooperation is extremely important...thanks...

softtouch - October 6, 2005 06:21 PM (GMT)
user posted image

On Monday, October 03, an annular1 eclipse of the Sun will be visible from within a narrow corridor which traverses the Iberian Peninsula and stretches across the African continent. A partial eclipse will be seen within the much broader path of the Moon's penumbral shadow, which includes Europe, western Asia, the Middle East, India and most of Africa.

2005 Total Annular Eclipse Global Map

The path of the annular eclipse begins in the North Atlantic at 08:41 UT. Rushing southeast, the antumbra quickly reaches the northern coast of Spain and Portugal (08:51 UT). Bisecting the Iberian Peninsula, the antumbra engulfs Madrid (08:56 UT) which lies near the central line. The annular phase will last 04m 11s from this capital city with 90% of the Sun's surface being obscured by the Moon.

Isla de Ibiza straddles the northern path limit as the shadow crosses the western Mediterranean. Upon reaching the African continent, Algiers lies within the shadow's trajectory (09:05 UT) and will experience an annularity of 03m 51s. Following a southeastern course, the antumbra passes through southern Tunisia and central Libya where the Moon's umbral shadow will return six months later during the total eclipse of 2006 Mar 29. After briefly skirting northern Chad, the antumbra sweeps across central Sudan where greatest eclipse occurs at 10:31:42 UT. The annular duration is 4m 31s, and the Sun is 71° above the desolate desert landscape. The central track runs along the southern Sudanese-Ethiopian border before entering northern Kenya where it engulfs much of Lake Turkana (11:10 UT). Southernmost Somalia is the antumbra's final landfall (11:30 UT) before heading east across the Indian Ocean where the path ends at local sunset (12:22 UT).

This web site has been established for the purpose of providing detailed predictions, maps, figures and information about this important event. Additional and supplemental material for the 2005 Annular eclipse will be published here as it becomes available.

1An annular eclipse differs from a total eclipse in that the Moon appears too small to completely cover the Sun. As a result, the Moon is surrounded by an intensely brilliant ring or annulus formed by the uneclipsed outer perimeter of the Sun's disk. The solar corona is not visible during annular eclipses. Furthermore, a solar filter or projection is needed to observe all phases of an annular eclipse

::walllahu

softtouch - October 6, 2005 06:22 PM (GMT)
2005 Oct 17: Partial Lunar Eclipse

The last event of the year is a rather shallow partial eclipse of the Moon. The penumbral phase begins at 09:51 UT, but most observers will not be able to visually detect the shadow until about 10:30 UT A timetable for the major phases of the eclipse is as follows:

Penumbral Eclipse Begins: 09:51:25 UT
Partial Eclipse Begins: 11:33:59 UT
Greatest Eclipse: 12:03:18 UT
Partial Eclipse Ends: 12:32:26 UT
Penumbral Eclipse Ends: 14:15:08 UT

In spite of the fact that the eclipse is so shallow (the Moon's southern limb dips just 2.2 arc-minutes into Earth's dark umbral shadow), the partial phase last nearly one hour. This is due to the grazing geometry of the Moon and umbra

At the instant of greatest eclipse (12:03 UT), the Moon will stand near the zenith for observers in the central Pacific. At that time, the umbral eclipse magnitude will be only 0.068. North Americans will all see the start of the event, but the Moon sets by mid-eclipse for observers east of the Mississippi River and Great Lakes. Further west, the entire event is visible from the Pacific coast provinces and states as well as eastern Asia and Australia. The Moon's path through Earth's shadows as well as a map illustrating worldwide visibility of the event is shown in

http://sunearth.gsfc.nasa.gov/eclipse/OH/i...g06-PLE2005.GIF

::walllahu

bibsprop - October 6, 2005 06:25 PM (GMT)
Petikan dari satu website
http://www.webspawner.com/users/insaflah/
Saudaraku kaum muslimin.
Beberapa bulan lepas saya telah menulis artikel peringatan bertajuk TAHUN GEMPAR 2005. Berbagai maklum balas yang saya terima dari pembaca. Yang paling banyak ialah ungkapan “ Betul ke? ”.Sinis dan tidak percaya. Khusus untuk mereka, suka saya membawa jawapan Saidina Ali r.a ketika menjawab tempelak seorang Yahudi. Yahudi itu berkata “ Wahai Ali, adakah kamu pasti akan masuk syurga dengan sembahyang (dll amalan Islam)?” Jawab Saidina Ali r.a mahfumnya “ Andai kata syurga dan neraka itu tiada maka saya dan kamu tidak rugi apa-apa..tetapi kalau benar wujud syurga dan neraka…insyaAllah saya berjaya dan kamu akan celaka”
Demikianlah peristiwa-peristiwa yang saya garapkan dalam artikel yang lepas dengan merujuk kepada beberapa kitab dan pandangan mereka yang jujur dan warak. Konsep jawapan saya juga sama. Jawapan saya “ Jika semua itu tidak berlaku..Alhamdulillah tetapi andai kata satu demi satu peristiwa-peristiwa tersebut terjadi, adakah kita mampu menghadapi tanpa persediaan?”

Dalam artikel tersebut saya telah menulis beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya tentang kematian Raja Saudi. Innalillahi wainna ilaihiraaji’un. Pada hari Isnin, 31 Julai 2005 pada pukul 10 pagi Raja Fadh telah kembali ke Rahmatullah.
Dalam hadis koleksi saya mengenai Imam Mahadi a.s., tercatit bahawa apabila wafatnya Raja Arab akan berlaku perang saudara dan kekacauan akibat perebutan kuasa sesama mereka. Oleh yang demikian saya meminta saudara dan saudari sama-sama mengikuti dengan teliti perkembngan politik Arab Saudi . Sama-sama kita perhatikan dalam masa terdekat ini adakah terdapat bibit-bibit persengketaan yang dikatakan akan berlaku itu. Jika benar berlaku ternyata era Imam Mahadi akan bermula sebagaimana yang dijangka
Muhammad Hasanain Haikal menulis dalam bukunya Al-Maqalat Al-Yabaniah bahawa adanya mereka-mereka yang menunggu untuk menggantikan Raja Fadh. Dari kalangan saudara kandung Raja Fadh( As-Sudairiyyin), iaitu Amir Sultan ( Panglima perang dan Menteri Pertahanan) dan Amir Salman. Manakala pengganti Raja Fadh, Amir Abdullah Ibnu Badawiyyah adalah hanya saudara tiri Raja Fadh.Raja Amir Abdullah juga merupakan panglima Pasukan Pengawal Nasional.
Tulisan ini digarap pada bulan Ogos 2005. Bulan Ramadhan tahun ini akan bermula pada awal bulan Oktober 2005 iaitu 4 atau 5 Oktober 2005. Gerhana bulan dijangka akan berlaku di awal Ramadhan. Dan pada pertengahan Ramadhan akan berlaku pula gerhana matahari. Pada malam Jumaat pertengahan Ramadhan akan kedengaranlah suara dahsyat yang menakutkan. Jadi, ada dua peristiwa. Satu siang iaitu gerhana matahari dan satu malam iaitu suara yang manusia tidak pernah mendengar sebelum ini.

Pada bulan Syawal berikutnya bersamaan awal November 2005, akan mula berlaku Ma’ma’ah ( huru hara) yang berupa kecamuk peperangan antara negara-negara. Pada bulan Zulkaedah bersamaan bulan Disember 2005 akan terjadi perselisihan antarabangsa. Pada tahun 2006, musim haji akan dilakukan 2 kali. Bulan Zulhijjah pertama bersamaan dengan bulan Januari 2006. Akan terjadi peristiwa pembunuhan sehingga darah mengalir di Jumratul Aqabah pada hari Idhul Adha di Mina. Haji pada kali ini tidak lagi berlaku dalam suasana aman. Selepas peristiwa ini era Imam Mahadi akan bermula pada awal Muharram 1427 hijrah bersamaan Februari 2006.

Percayalah era Imam Mahadi dan Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi amat yakin pemimpin Agung mereka iaitu Al-Moshaikh ( Dajjal) akan muncul mengetuai mereka. Kaum Kristian pula amat yakin bahawa Al-Masih ( Nabi Isa a.s) akan muncul memimpin mereka. Manakala kita, kaum muslimin yakin bahawa Al-Mahadi, Al-Moshaikh( Dajal) dan Al-Masih a.s akan muncul. Menarik bukan?
Sesungguhnya Yahudi sedang kecut perut yang teramat-amat. Mereka membina tembok-tembok di Israel. Menanam pokok Ghardaqah dengan banyaknya. Malah telah menempah pedang Titanium dengan banyaknya. Hari mereka akan disembelih di bumi Israel makin hampir. Mereka menempatkan tentera proksi di bumi Afghanistan dan Iraq untuk menghadang tentera dari Timur. Tetapi ramai umat Islam sedang lalai dan hampir tidak ambil peduli pada era yang ditentukan olehNya tetapi telah dikhabarkan oleh RasulNya 1426 tahun lampau.
Ketahuilah era Islam menakluki dunia semakin hampir. Benarlah sabda Rasulullah saw bahawa akan sampai satu masa tidak akan ada satu pintu yang tidak akan dimasuki Islam. Panjang umur kita semua akan menyaksikan seorang pemimpin Agung bergelar Imam Mahadi akan memerintah dunia sambil memegang panji-panji Islam.
Ketahuilah era Islam menakluki dunia semakin hampir. Benarlah sabda Rasulullah saw bahawa akan sampai satu masa tidak akan ada satu pintu yang tidak akan dimasuki Islam. Panjang umur kita semua akan menyaksikan seorang pemimpin Agung bergelar Imam Mahadi akan memerintah dunia sambil memegang panji-panji Islam.

Tadahkan tangan dan berdoalah untuk pemimpin Agung kita Khalifah Al-Mahdi dan para pejuangnya. Di segenap ceruk dunia kini, sedang bersiap-siap 40 wali kutub, 313 orang Al-Badri dan 360 orang An-Najd. Mereka akan diikuti oleh 100,000 pejuang kaum muslimin yang akan berjuang seperti singa di waktu siang dan berdiri malam beribadat kepada Allah. Mereka-mereka yang terpilih itu kini berada di mana-mana. Setiap mereka akan mendapat alamat dari Allah. Apabila seruan tiba ( sedikit masa lagi) mereka akan menyahut seruan datang berbai’at/ berjanji setia dengan Imam Mahadi dan bersedia mencagarkan nyawa untuk agama. Mereka akan berduyun-duyun tampil mempertaruhkan jiwa raga untuk berjuang di sisi Imam Mahadi menegakkan kalimah Allah di muka bumi.

Tetapi sebelum bendera Islam berkibar diseluruh pelosok alam, beberapa peristiwa yang besar akan berlaku terlebih dahulu dan merubah senario kehidupan di luar kebiasaan dan jangkaan. Tiada lagi teknologi maklumat, Teknologi bio dan teknologi nano. Bursa saham di seluruh dunia akan merudum dan berakhir.
Saya pernah diberitahu oleh seorang ulamak yang warak bahawa Imam Mahadi akan berdoa kepada Allah agar minyak dilenyapkan dari muka bumi. Katanya waktu itu manusia akan berkenderaan hidup bukan berkenderaan mati. Bayangkan dunia tanpa minyak. Peperangan di era Mahadi hanya akan berlaku di waktu siang dan bersenjatakan panah, pedang dan tombak.
Mustahil? Allah Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu. Mengapakah Kaum Yahudi menempah pedang-pedang titanium? Adakah mereka lebih mengetahui dari kita? Memang mereka lebih mengetahui, peka, yakin dan sedang bersedia bersungguh-sungguh untuk menghadapi saat-saat genting pemusnahan bani Yahudi secara total dari muka bumi. Yahudi memang suka melawan takdir.
Mengenai Imam Mahadi. Tanpa prejudis saya menulis. Janganlah saudara terkejut bahawa pemimpin Agung yang bakal memerintah dunia itu akan datang dari dunia sebelah sini. Beliau akan muncul dari kalangan Bani Jawi. Bukan Bani Arab dan bukan Bani Israel.
Bani Jawi? Mungkin sebahagian dari kita termangu-mangu dan tertanya-tanya mengenai bani jawi. Pernah dengar ungkapan “ masuk jawi” dan tulisan jawi?. Apa maksud Jawi tersebut. Bani Jawi asal usulnya dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti Hajar dan Ismail a.s yang masih kecil, Nabi Ibrahim sampai ke Kampuchea dan berkahwin di sana. Keturunan baginda berkembang biak di Nusantara dan bergelar Bani Jawi. Tidak hairanlah militeri Israel telah lama bertapak di Singapura sebagai penasihat. Apa yang mereka cari?
Kaum Yahudi telah mengetahui siapa Rasulullah dan di mana baginda dilahirkan. Demikian juga, Yahudi telah mengetahui siapa dia Imam Mahadi, di mana dia dilahirkan. Mereka sedang kelam kabut mencari Imam Mahadi kerana mereka tahu inilah orang yang akan menjadi khalifah dan memimpin kaum muslimin menyembelih mereka nanti. Tetapi mampukah Yahudi mengalahkan perancangan Allah swt?
::walllahu

bibsprop - October 17, 2005 10:59 PM (GMT)
::senyum3

hEdAyA - October 22, 2005 09:22 AM (GMT)

sekadar copy dari email:

Peringatan dr Mufti Perak 'Tahun Gempar 2005'
>
>Dilulus terbit pada Tuesday, September 27 @ 01:47:18 MYT oleh LinuxPro
>
Ramalan berlaku kiamat ketika gerhana berpasangan Oktober ini yang diedarkan melalui e-mel dalam laman web forum tempatan hanyalah andaian semata-mata.Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata umat Islam perlu menolak ramalan itu yang bertujuan merosakkan akidah mereka. Katanya, mereka perlu berhati-hati apabila membaca e-mel berkenaan dan jangan mempercayainya.
>
"Hari kiamat perkara ghaib yang sebenarnya berada di bawah ilmu Allah. Sesiapa pun tidak tahu sedangkan Nabi sendiri pun tidak tahu bila hari kiamat."Sudah banyak ra malan sedemikian dibuat dari
>semasa ke semasa dan dilakukan sejak zaman Nabi, tetapi tidak pernah terjadi. Nabi pernah menyatakan tukang nujum itu bohong, walaupun ada kejadian yang betul tetapi ia hanya kebetulan," katanya.
>
Menurutnya, penyebaran e-mel itu adalah perbuatan pihak yang ekstrem atau berniat memesongkan akidah umat Islam. "Manusia mempunyai akal yang terbatas jangkauannya. Jangkauan manusia ke angkasa lepas masih lagi terbatas. Kemampuan manusia mengetahui bila berlakunya gempa bumi juga terbatas. Hal seperti Tuhan, malaikat, qada dan qadar bagi akal manusia juga terbatas," katanya.
>
Harussani berkata, perbuatan mengedar e-mel itu mungkin dibuat pihak tertentu yang berniat memesongkan kepercayaan umat Islam. "Jika pengarangnya mendakwa ramalan itu berdasarkan sebuah kitab, apakah ia benar kerana kita tidak pernah ditunjukkan kitab itu.
>
"Apa pun, saya nasihatkan penerima e-mel berkenaan supaya jangan percaya kandungannya, tetapi boleh mengambilnya sebagai iktibar untuk kita bersedia menghadapi hari itu.
>
"Banyakkan amalan mulai sekarang, ikhlaskan hati ketika beribadah dan baiki perangai kerana semuanya tidak mustahil," katanya ketika mengulas pengedaran e-mel bertajuk 'Tahun Gempar 2005' itu yang
>meramalkan hari kiamat akan berlaku selepas fenomena gerhana berpasangan pada Oktober. Ia disebarkan sejak awal tahun lalu menerusi laman web forum tempatan.
>
Antara kandungan e-mel itu, manusia akan menghadapi konflik besar selepas kematian pemerintah Arab Saudi sekarang. Sebaik saja kematiannya, manusia akan dikejutkan dengan peristiwa langit yang menakjubkan pada Ramadan yang juga Oktober tahun ini.
>
Peristiwa langit yang didakwa akan berlaku adalah fenomena gerhana berpasangan pada satu bulan, tahi bintang jatuh di Amerika Syarikat menyebabkan kemusnahan teruk.
>
Sementara itu, Pensyarah Ilmu Falak Syarie di Institut Agama Islam Negeri Kedah (Insaniah), Abdul Ghani Salleh, berkata fenomena gerhana berpasangan sudah banyak berlaku dalam takwim Islam dan banyak pihak cuba mengambil kesempatan daripada kejadian itu.
>
"Fenomena gerhana berpasangan iaitu gerhana matahari dan bulan yang berlaku pada satu bulan tiada kaitan dengan petanda akhir zaman. Ini kerana ia sesuatu kejadian semula jadi ditetapkan hukum Allah.
>
"Kejadian gerhana tidak ada kena-mengena dengan petanda akhir zaman. Apa yang didakwa dalam e-mel itu hanya rekaan kerana ingin menipu umat Islam dengan mengambil kesempatan daripada fenomena gerhana berpasangan," katanya.
>
Oleh itu, bagi mengelakkan diri ditipu, teraniaya atau dizalimi golongan yang cuba mengambil kesempatan, umat Islam wajar mengetahui ilmu falak syarie, terutama berkaitan fenomena gerhana
berpasangan.
>
Beliau berkata, pengarangnya mungkin berniat negatif untuk menakutkan umat Islam, misalnya, meramalkan peperangan berlaku pada bulan haji supaya mereka takut ke Makkah.
>
Abdul Ghani berkata, memang ramai bertanya kepadanya mengenai hal berkenaan, namun mereka yang tidak mendalami ilmu falak syarie mudah salah faham dan terpedaya. Katanya, berdasarkan hitungan falak tahun ini, ada empat kejadian gerhana tetapi tiada yang berlaku berpasangan pada Ramadan.
>
"Kejadian gerhana terbaru adalah pada April lalu iaitu gerhana matahari pada 8 haribulan dan gerhana bulan pada 24 haribulan. "Berikutnya, gerhana matahari pada jam 4 petang, 3 Oktober tetapi tidak kelihatan di Malaysia kerana ia akan melalui Utara Afrika dari Lautan Atlantik seterusnya ke Gibraltar dan Somalia sebelum ia mati di Lautan India, manakala gerhana bulan pada 17 Oktober jam 8 malam tetapi hanya 28 peratus saja boleh dilihat," katanya.
>
Beliau berkata, ilmu falak syarie penting kepada umat Islam kerana ia menerangkan mengenai hakikat alam dan kaitannya dengan perlakuan ibadat. Mendalaminya boleh dianggap satu ibadat kerana ia dapat menimbulkan rasa keinsafan dan mendekatkan diri kepada Allah. "Namun, apa yang dikesalkan generasi muda sekarang seolah-olah tidak berminat mempelajarinya dan jika ada pun hanya separuh jalan, sedangkan pengkajian dalam ilmu ini membolehkan ibadat solat, puasa dan haji dijalankan dengan sempurna kerana masa yang menjadi syarat sah kepada ibadat berkenaan dapat ditentukan seperti yang dikehendaki," katanya.
>
>


bibsprop - October 22, 2005 10:44 AM (GMT)
yups...saya setuju dengan posting dayah dan juga kenyataan mufti perak nih..(idola saya tuh.....) kita kena amik haith tersebut sebagai iktibar dan bukannya satu ramalan yang perlu kita ta'sub. time kasih dayah..

masri - November 8, 2005 02:27 PM (GMT)

aslm wbt
adakah hadith2 yg diguna oleh penulis tersebut sahih..itu sgt penting..

http://www.ibn-qayyim.info/forum/viewtopic.php?t=266
QUOTE
Era Mahdi 2005 – 2006 ???
Respond terhadap tulisan Abu Basyir Ad-Daiki Al~Jawi bertajuk :

"PERINGATAN UNTUK KAUM MUSLIMIN : IMAM MAHADI AKAN MUNCUL. DAJJAL TERLALU HAMPIR, NABI ISA AKAN TURUN"


Jika membaca tulisan hamba ALLAH yang menamakan dirinya sebagai Abu Basyir Ad-Daiki Al~Jawi, nampaknya beliau naik 'tocang' setelah ramalannya tentang kematian Raja Fahad benar-benar berlaku. Beliau nampaknya lebih bersungguh mempertahankan ramalan-ramalan karutnya tentang peristiwa-peristiwa yang akan berlaku dalam tahun 2005 ini. Namun sesuatu yang beliau sendiri tidak dapat sembunyikan ialah keraguan yang wujud dalam diri beliau sendiri terhadap ramalan-ramalan tersebut. Keraguan beliau itu jelas kelihatan bermula dari awal artikel tersebut apabila beliau mengatakan :

“ Jika semua itu tidak berlaku..Alhamdulillah tetapi andai kata satu demi satu peristiwa-peristiwa tersebut terjadi, adakah kita mampu menghadapi tanpa persediaan?”


Dari kenyataannya ini jelas menunjukkan beliau sendiri ragu akan ramalan-ramalan tersebut. Namun mungkin disebabkan kejahilan, beliau memberanikan juga untuk mempercayai dan menyebarkan ramalan-ramalan perkara-perkara ghaib ini tanpa mengetahui kesan dan akibat dari perbuatannya. Beliau gagahkan juga untuk mempercayai ramalan perkara-perkara ghaib tersebut walaupun ianya dibina di atas hadith yang palsu. Mungkin beliau tidak tahu terdapatnya hadith Nabi s.a.w. yang memberi ancaman keras terhadap orang yang memalsukan hadith dari baginda, jika beliau mengetahuinya mustahil beliau melakukan perkara yang dilrang oleh Nabi s.a.w. Sabda Nabi s.a.w. :

من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار

Maksudnya : "Sesiapa yang berbohong atas ku dengan sengaja maka siaplah tempat duduknya dalam neraka." (Hadith riwayat Imam Muslim di dalam Muqaddimah sahihnya)

Ancaman dari Nabi ini tidak hanya kepada pereka-pereka hadith palsu, bahkan ianya juga termasuk orang-orang yang meriwayatkan hadith palsu tanpa menerangkan kepada orang lain akan kepalsuan hadith tersebut. Perkara ini sepertimana yang disebut oleh al-Imam Ibn Salah :

"Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui hadith palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya." (Ibn al-Salah, 'Ulum al-Hadith, m.s. 98. Sumber : Dr. Mohd Asri Zainul Abidin : Menangkis Pencemaran Terhadap Agama dan Tokoh-tokohnya. m.s. 15)

Bagaimana pula jika seseorang yang meriwayatkan hadith palsu kemudian menggambarkan hadith tersebut seolah-olah benar dari Nabi s.a.w. ??? Kita berbaik sangka dengan saudara Abu Basyir. Beliau mungkin tidak perasan hadith tentang dua gerhana yang akan berlaku dalam bulan ramadhan itu adalah hadith palsu (Inilah satu-satunya hadith yang disebut oleh Saudara Basyir dalam dua siri tulisannya). Jadi beliau menyebutnya dalam keadaan beliau tidak tahu hadith itu palsu. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan beliau lebih suka membaca buku-buku ramalan karut-marut dari membaca buku-buka hadith Nabi s.a.w. dan perkataan para ulama hadith.

Namun, tindakan beliau ini tetap menjadi satu kesalahan kerana beliau menukilkan ramalan perkara ghaib hanya berdasarkan tulisan Muhammad Husanain Haikal yang bertajuk al-Maqalaat al-Yabaniah. Buku tersebut menghimpunkan pandangan penulis terhadap politik dunia, ianya bukanlah sebuah kitab hadith yang boleh dijadikan rujukan, apatah lagi untuk dijadikan pegangan keimanan dalam perkara-perkara ghaib. Saya tidak memiliki kitab tersebut, namun muka depan kitab tersebut boleh dilihat dan boleh dibeli bagi sesiap yang berminat :
http://www.shorouk.com/ar/book_details.asp...id=263&cat_id=6

Dalam mempercayai ramalan-ramalan tersebut beliau juga gagal untuk mendatangkan hadith-hadith yang beliau dakwa terdapat di dalam koleksi himpunannya tentang al-Mahdi. Cakap hanya tinggal cakap kosong apabila dalam artikel tersebut beliau langsung tidak mendatangkan walaupun sebuah hadith yang kononnya beliau memiliki koleksinya tentang al-Mahdi.

Sesuatu yang telah menjadi pengetahuan umum bahawasanya manusia dilarang untuk meramal dan mempercayai ramalan kepada perkara-perkara ghaib. Ini adalah kerana tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib melainkan ALLAH s.w.t.

Lebih lucu apabila beliau mendakwa al-Mahdi yang dimaksudkan adalah al-Mahdi yang akan datang dari sebelah sini iaitulah dari Bani Jawi. Ringkas kata al-mahdi akhir zaman adalah dari suku sakat Jawa yang Melayu. Cumanya beliau mungkin segan untuk menyebutnya secara jelas yang al-Mahdi beliau adalah dari keturun melayu, mungkin beliau bimbang akan ditertawakan orang….

Saya ingin cadangkan kepada saudara Abu Basyir, sila datangkan hadith-hadith yang ada dalam koleksi saudara yang menyokong ramalan-ramalan penulis buku al-Maqalaah al-Yabaniah itu. Buktikan juga hadith-hadith tersebut adalah sahih dari Nabi s.a.w. jika tidak kita nasihatkan kepada beliau berpadalah dengan hadith-hadith yang sahih dari Nabi s.a.w. takutkanlah ancaman neraka dari Nabi kepada sesiapa yang mereka-reka hadith palsu dan meriwayatkannya kepada orang ramai.

Saya bukanlah dari golongan orang yang menolak akan lahirnya al-Mahdi akhir zaman. Bahkan saya meyakini akan kelahirannya kerana ianya di sebut di dalam banyak hadith-hadith yang sahih. Sebahagian hadith tersebut boleh di lihat di sini :
http://www.ibn-qayyim.info/forum/viewtopic.php?t=95
Namun Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah tidak meneka-neka dan menunggu-nunggu bilakah al-Mahdi yang dimaksudkan di dalam beberapa hadith-hadith Nabi s.a.w. tersebut akan keluar. Sikap menunggu-nunggu al-Mahdi membawa beberapa kesan yang buruk. Antaranya Umat Islam akan meninggalkan dakwah, mereka lebih suka menunggu dan membiarkan sahaja urusan dakwah ini dipikul oleh al-Mahdi, mereka akan mengambil sikap lebih suka menunggu al-Mahdi untuk menjadi pembantu atau tenteranya.

Tidak ada hadith yang sahih yang menceritakan secara detail rentetan peristiwa yang berlaku sebelum kedatangan al-Mahdi. Nabi tidak menceritakan secara detail apakah peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum kedatangan al-Mahdi yang boleh dijadikan petanda dan alamat kepada kelahirannya.

Para ulama berbeza pendapat tentang tertib atau susunan peristiwa tanda-tanda kiamat. Perbezaan ini timbul disebabkan tidak adanya dalil-dalil sahih daripada sunnah yang menceritakannya dalam bentuk yang tertib dan detail. Sebab as-Sunnah tidak menyusun peristiwa dan tanda-tanda kiamat ini secara detail salah satunya bertujuan mengelakkan timbul sikap meninggalkan dakwah seperti yang saya sebutkan di awal tadi.

Hadith-hadith yang menceritakan tentang al-Mahdi sampai ke darjat Mutawatir al-Maknawi. Sebab itu ramai para ulama yang menulis kitab menthabitkan kemunculan al-Mahdi dan menjadikannya sebahagian daripada aqidah seorang Muslim. Sebagian ulama tersebut ialah : al-Hafidz Abu Nu'aim, Abu Daud, Abu Kathir, al-Sakhawi, al-Syaukani dan lain-lain. Namun insyaALLAH, saya berpendapat al-Mahdi tidak akan zahir dalam setahun dua ini di atas beberapa sebab, yang paling utama ialah disebabkan sebuah hadith, iaitulah :

لا يخرج الدجال حتى يذهل الناس عن ذكره , وحتى تترك الأئمة ذكره على المنابر

Maksudnya : "Dajjal tidak akan muncul hingga manusia lupa mengingatinya dan hingga pemimpin-pemimpin tidak menyebutnya lagi di atas mimbar." (al-Albani mendakwa al-Haithami berkata di dalam 'Majma' al-Zawaid' : "Hadith ini diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad dari riwayat Biqiyyah dari Shafwan ibnu Amr. Hadith ini sahih sebagaimana Ibn Ma'in dan Biqiyyah katakan, dan Rijalnya terpecaya." Selain al-Haithami Ibn Sakkan (ابن السكن) di dalam Tahzib al-Tahzib berpendapat hadith ini Soleh al-Isnad.)

Ini alasan utama saya mengatakan insyaALLAH al-Mahdi tidak akan zahir dalam setahun dua ini. Ini adalah kerana zaman zahirnya al-Mahdi, al-Dajjal dan Nabi Isa adalah saling bersamaan dimana Nabi Isa akan solat dengan diimamkan oleh al-Mahdi dan Nabi Isa akan membunuh al-Dajjal. Perkara ini disebut di dalam hadith-hadith yang sahih.

Kita lihat hari ini masih ramai lagi umat Islam yang mengingati tentang Dajjal termasuk al-Mahdi dan Nabi Isa. Para penceramah, Ustaz dan Khatib-Khatib masih ada yang memperingatkan tentang bahaya fitnah Dajjal. Sebab itu saya beranggapan IsyaALAH al-Mahdi tidak kan zahir dalam setahun dua ini.

Cumanya hari ini sudah mula timbulnya suara-suara sumbang yang cuba mempertikaikan penthabitan perkara akidah dari hadith-hadith yang Ahaad. Mereka kononnya mendakwa hadith Ahaad tidak menatijahkan ilmu yang yakin maka ianya tidak boleh dijadikan hujjah dalam perkara aqidah. Ini merupakan salah satu sebab yang membawa kepada lupanya umat Islam mengingati akan lahirnya al-Dajjal, al-Mahdi dan Nabi a.s. Kita memohon kepada ALLAH supaya melindungi kita dari terpengaruh dengan dakwaan ini dan dari ramalan-ramalan karut situkang ramal akhir zaman.

Wallahu a'lam

masri - November 11, 2005 04:33 PM (GMT)
http://www.ibn-qayyim.info/forum/viewtopic.php?t=65
Alhamdulillah. Saya dapat menemui darjat hadith yang dijaja oleh kebanyakan orang mengenai kejadian gerhana bulan dan matahari dalam bulan ramadhan secara serentak.

Hadith tersebut diriwayatkan oleh ad-Daruqutni (الدارقطني) di dalam sunannya dari perkataan Muhammad bin al-Hanifiyah.


قال الدارقطني : حدثنا أبو سعيد الاصطخري ثنا محمد بن عبد الله بن نوفل ثنا عبيد بن يعيش ثنا يونس بن بكير عن عمرو بن شمر عن جابر عن محمد بن علي قال:


" إن لمهدينا آيتين لم تكونا منذ خلق السماوات والأرض تنكسف القمر لأول ليلة من رمضان وتنكسف الشمس في النصف منه ولم تكونا منذ خلق الله السماوات والأرض".



Daruqutni berkata : "Menceritakan kepada kami Abu Said al-Asytakhri, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdullah bin Naufal, telah menceritakan kepada kami 'Ubaid bin Ya'ies, telah menceritakan kepada kami Yunus bin Bakir, daripada 'Amr bin Syamir, daripada Jabir, daripada Muhammad bin Ali katanya :


"Sesungguhnya bagi Mahdi kami itu kedatangannya ada dua tanda (aayatain), tidak berlaku tanda tersebut sejak diciptakan Langit dan Bumi, akan berlaku gerhana bulan pada malam pertama bulan Ramadhan, gerhana Matahari pada pertengahan bulan Ramadhan. Perkara ini tidak pernah berlaku sejak ALLAH menciptakan Langit dan Bumi."


Athar ini PALSU dan PENDUSTAAN terhadap Muhammad bin Ali (Ibn al-Hanifiyah) r.a.

Dr. Abdul 'Alim Abdul 'Azim al-Bastawi (الدكتور عبد العليم عبد العظيم البستوي )di dalam kitabnya "al-Mausu'ah fi Ahadith al-Mahdi al-Dhoiefah wa al-Maudhuah" (الموسوعة في أحاديث المهدي الضعيفة والموضوعة ) m.s. 169, menyebut senarai para ulama Hadith yang mengkritik beberapa rowi atau periwayat yang terdapat di dalam hadith ini terutama 'Amr bin Syamir al-Ja'fi al-Kufi.

Di dalam sanad hadith ini adanya :

- Yunus bin Bakir bin Wasil as-Syaibani (يونس بن بكير بن واصل الشيباني ), Abu Bakar al-Jammal al-Kufi (أبو بكر الجمَّال الكوفي). : (Orang yang banyak melakukan kesalahan). Mati pada tahun 199 H.

- 'Amr bin Syamir al-Ja'fi al-Kufi (وعمرو بن شَمِر الجعفي الكوفي ) : Seorang Syi'ah.

- Abu Abdillah (أبوعبد الله ): Pemalsu Hadith

Berkata pula as-Sulaimani : "'Amr adalah orang yang memalsukan Hadith untuk menyokong Rawafid (Syi'ah Rafidhah)."

Berkata al-Jauzjani : "('Amr itu) Pendusta dan Pengubah (Hadith).

Berkata pula al-Hakim : "Dia ('Amr) banyak meriwayatkan hadith-hadith Palsu daripada Jabir al-Ja'fi, tidak ada yang meriwayatkan hadith-hadith palsu yang buruk daripada jabir selain dia."

Berkata pula Ibn Hibban : "Dia seorang Rafidh (Syi'ah Rafidhah), dia mencela para sahabat dan meriwayatkan hadith-hadith palsu yang direka-reka daripada Thiqaat."

Berkata pula Abu Hatim : "Dia ('Amr) benar-benar Mungkar Hadith, ditinggalkan hadith daripadanya."

Demikianlah kritikan para ulama Hadith yang menolak 'Amr bin Syamir. Antara ulama lain lagi yang menolak beliau ialah al-Bukhari, an-nasa-ie, Ibn Sa'ad, Daruqutni dan lain-lain.

Manakala Jabir al-Ja'fi pula ialah Matrukul Hadith (متروك الحديث ) iaitu ditinggalkan Hadith daripadanya. Akan tetapi beliau dithiqahkan oleh Syu'bah, Waki' dan ath-Thauri. Namun begitu Ibn Ma'in, Abu Hanifah, Laith bin ABi Sulaim, al-Jauzjani, Ibn 'Uyainah, Ibn Kharrasy, Sa'id bin Jubair dan selain mereka mendustainya, selain itu ramai ulama Hadith lain yang melemahkannya.

Kerana itu az-Zahabi berkata : "Syu'bah menthiqahkannya, tetapi (pendapat ini) Syaz. manakala al-Huffaz hadith yang lain meninggalkannya."

Berkata pula Ibn Hajar : "Dia lemah dan seorang Rafidhi (Syiah Rafidhah)."

Kesimpulannya : "Hadith ini adalah hadith PALSU, kepalsuan ini disebabkan adanya beberapa rawi yang tidak thiqah terutamanya 'Amr bin Syamir al-Ja'fi al-Kufi".

Berkata al-'Azim Abadi : "Amr bin Syamir dari Jabir ; perkataan mereka berdua adalah LEMAH. Tidak dijadikan hujjah dengan mereka berdua."

wallahu a'lam

--------------

Sumber : Islam QA.com
http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=a...836&dgn=4&dgn=2




* Hosted for free by InvisionFree